Saya sebenarnya sudah lama ingin berkongsi ilmu ini tetapi asyik terlupa sahaja. Namun hari ini daun hati terasa kosong dan meronta-ronta tanda tidak senang. Lantas, saya baca surah Al-Fatihah dan terus teringat hal ini.
Saya juga ingin berkongsi gambar ibu bapa saya disini tetapi rupanya sudah sekian lama saya tidak bergambar dengan mereka hingga tiada pun sekeping gambar saya bersama mereka ada di dalam koleksi CD gambar saya. So sad…
Jadi saya kongsi, gambar nenek dan atuk bersama cucu-cucunya sebagai ganti… Maaf, tiba-tiba skrin komputer ini berkabur kerana air mata menutupnya. Saya rasa saya masih jauh daripada menggembirakan mereka walaupun mereka masih hidup. Ya Allah, ampunkan aku… Mama dan Papa, maafkan Along ya…
Surah Al-Fatihah kepada Ibubapa : Membuka Pintu Rezeki
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata, "setiap pagi sedekahkan surah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu, tidak kira mereka masih hidup atau telah tiada. Nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu."
Berdasarkan Hadith Nabi : (maaf saya tidak pasti kesahihan hadith ini, namun, kita masih boleh ambil pengajaran daripadanya)
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari."
Huraian hadith:
- Sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa untuk kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah
- Berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
- Tambahan bagi yang berniaga, tidak perlu ada ilmu pelaris. Doakan ibubapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita perolehi daripada Allah (makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu).
Jom doa untuk ibu bapa kita… Al-Fatihah…
.
Papa dengan cucunya. Gambar nih tahun 2005 tau... jadik cucu2 tu semua dah besar panjang dah... hehehehe
My mom with Azim and Izzah (my niece) during their trip to Aquaria in 2007.
With my FIL and MIL. Pic taken in 2005.