Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

23 November 2012

Baking with the kids

Dah lama tak buat kek so malam nih we baked a choc butter cake. Kurang menjadik la cam tengah kek tu lembap. Siap ada almond atas tu...

But the kids enjoyed themselves hehehe yang habis dulu, almond atas kek tu lar...  lepas nih plan nak buat cookies lak...

10 November 2012

Such a bloody scene huh?

This is my first time being hospitalised besides giving birth. Only Allah knows how nervous I am yesterday during the surgery and only He also knows how painful the procedure was.

Tapi aku pasrah dan redho. Moga2 Allah ampunkan dosa2 kecilku dalam hal ini. Dr Bala said that I will be discharge tomorrow. What a relieve...

30 October 2012

I AM COMING BACK!!!!!

Salam to all my friends,

Setelah sekian lama saya menyepikan diri, dan kini saya kembali hehehehe macam bagus ajer kan?? aaahhh my karangan skills is getting rusty and thats why I need a come back :) Lagipun, blog writing is one of my stress reliever.

So my first come back story will be...


Last weekend we all bergeder2 di rumah Anie A and as usual saya yang terakhir sampai. Syukur sempat gak sampai dan berjumpa rakan2. nasib baik kepala Niderq menutup sebahagian daripada badan aku yang comel nih hahahahaha Food memang melimpah ruah... syukur... TQ tuan tanah dengan sukarela menerima kami yang meriuhkan satu taman Alam Damai.

Kalu ikut hati nak ajer stay lebih lama tapi memandangkan saya menumpang kenderaan untuk ke LRT, ku heret saja kaki yang berat dan sememangnya dah berat nih...

Gals, I really had fun and really3x hope to repeat this again and soon!!!!

12 March 2012

Membalas dengan kebaikan

Saya terlintas satu email lama daripada jiran saya... bila terbaca kandungan email nih memang ianya sesuatu yang saya berusaha untuk lakukan, susah tapi kita mampu lakukannya... Kata2 poster di atas mengingatkan kita bahawa kita sering merasa kita sedang menghadapi cabaran atau diuji Allah dengan perit sekali sehingga acapkali kita terlupa, ada insan lain yang lebih hebat dugaannya.

Baru sebentar tadi rakan sekolah saya berkongsi satu pengalaman. Lututnya beliau sakit terutama ketika menaiki menuruni tangga dan perlu mengambil ubat2an bagi menahan kesakitan tapi rupanya kakaknya mengalami sakit lutut yang lebih serius hingga memerlukan rawatan pembedahan, jadi beliau berkata... "tak ler sakit sangat lutut I rupanya...". Kalau kita muhasabah diri pasti ada jalan penyelesaiannya bukan? Tiba2 saya juga merasa sakit tendonitis saya nih pun sikit saja :)

Khutbah Jumaat 4 Februari 2011

Tempat: Surau Al Falah Sek 6 Kota Damansara
Khatib: Ust Shukri
Bilal: Ust Ramlee

1. Manusia dijadikan akal utk buat baik atau buruk iaitu antara dosa dan pahala.
2. Setiap hari manusia ada pilihan utk berbuat baik atau sebaliknya, sbg contoh nak bangun subuh berjemaah di masjid atau sambung tidor.
3. Nabi Yusof pernah dicampakkan ke dlm perigi buta oleh sdra2 sendiri selama beberapa hari namun masih tetap memilih utk berbuat baik dgn bersabar.
4. Nabi Yusof juga pernah digoda oleh seorg perempuan di dlm bilik tp mampu memilih jln yg baik dgn menolaknya menggunakan kuasa iman yg ada pd dirinya.
5.Diriwayatkan bahwa suatu ketika Sy Umar brtanya kpd Ubai bin Ka’ab tntg taqwa. Ubai tanya Umar balik, ”Apakah tuan pernah lalui jalan yg byk duri?” Umar jwb prnah. Lalu Ubai tanya lagi, ”Apa tuan lakukan?" Jawab Umar, ”Saya ber- sungguh2 & ber hati2 supaya tidak kena duri.” Lalu Ubai berkata, ”Itulah erti taqwa yang se benar2 nya."
6. Salah satu hikmah khutbah ialah kita sentiasa diberi peringatan untk berbuat baik dan tingkatkan iman.
7.Didiklah anak2 jauhkan dari perkara2 mungkar dan maksiat.

JOM BUAT BAIK!!!! :)

24 February 2012

aaaaahhhhh finally...


Banyak perkara telah saya lalui sepanjang dua bulan pertama tahun 2012 ini, tapi saya belum berkesempatan untuk mencoret dan berkongsi ceritanya di sini. Sorry sangat2 memang tak sempat... huhuhu

Namun, satu perkara ini buat pengubat hati saya yang lara... my hard work of research and writings finally paid off...


Fuh!!!! successfully completed my masters studies was unbelievable... thanks to chenta hati, my children, my parents, my sisters and brothers for supporting me these two full years. It was not an easy path for me, I cried blood and sweat where nobody knows.

My utmost thanks to my ever understanding professor, Dr Nik Hasnaa for her guidance and patience throughout. My sincere thanks to all my beloved friends and Boss ; marina, laila, afiza, juliana, mk, shafiee, zaida, and not forgetting galskopitiam@srikandi88 ; rose, niderq, our, izah, orly, zati for the du'a, motivating quotes and inspiring sharing of knowledge non stop... keep it going gals!!!!

haaaa, sikalang wa boley prepare untuk convo!!!!!!! nak pakai baju apa ek??? ke nak sambung buat Phd???

11 January 2012

Blog, Blog dan Goblog!


SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!!!!!!!

pejam celik pejam celik dah setahun berlalu and I am getting more matured hehehe dah tua ler tu... alahai...

memang sibuk bulan lepas... juggling my life with many demanding hats on top of me huhuhu rumah yang satu nih pun dah bersarang hehehe

I am not gonna flashback what I have done but only to continue knowledge sharing this point foward though dalam masa sebulan dan sepuluh hari nih ada lebih 20 movies that I have watched on dvd or at cinemas, sempat gak kan tengok wayang :P

azam tahun baru ialah I wanna be a better human being, a better person... semoga Allah mengizinkannya :)

jadi sebagai entri pertama tahun nih saya ingin berkongsi catatan tazkirah yang saya baca baru-baru ini tentang dimana tahap keimanan kita setelah sampai umur 30 tahun? 40 tahun? aku ler tu... 50 tahun? kita sibuk dengan hal orang lain sampai tak ingat nak betulkan diri sendiri terlebih dahulu.

sudahkah kita mantap tentang Surah Al-Fatihah? Taukah tajwid dan fahamkah maknanya? memang itulah bacaan lazim masa solat tapi betulkan sebutan kita? memang kita dah khatamAl-Quran tapi betul sangatkah tajwid kita?? fahamkah maknanya??

lebih baik kita muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum betulkan ketam lain berjalan senget.

sahabat, kalianlah cermin diriku... aku terlalu banyak kekurangan. maafkan diri ini daripada hujung rambut sampat hujung kaki. semoga Allah mempermudahkan ibadah kita tahun ini :)

22 November 2011

Ada apa dengan pemimpin?


Sejurus selepas Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Orang bertanya pada anaknya, “Di mana ayah kamu?”. Anaknya menjawab, “Semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata."

Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan dan ramai yang sanggup bermatian-matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk merebutnya. Untuk berlaku adil dalam kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh Allah bukanlah mudah. Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke syurga.


Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil? Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.


Memimpin sebenarnya adalah tanggungjawab yang sangat berat. Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur. Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa, kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega. Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.


~nukilan daripada seorang sahabat saya~



~dipetik daripada www.leadersipchamps.wordpress.com~

Secara jujurnya memang saya juga mendapati kata2 pemimpin disekeliling saya agak sukar untuk dipercayai. Terkini saya dilempar dengan kata2 celaan oleh seorang pemimpin di pejabat saya sendiri. Rata2 warga kerja mengetahui hamba Allah ini seorang yang berilmu dan mempunyai ciri2 warak namun, dalam sekelip mata, semua itu diduga dan beliau akhirnya menunjukkan belangnya di depan orang ramai. Sakit hati saya masih terasa dan kalau ikutkan hati mahu sahaja saya membelasah dia macam aksi Aaron Aziz dalam filem KL Gangster yang banyak memenangi anugerah semasa Festival Filem 24 hari Ahad lepas. Saya mahu Allah bangga dengan hambaNya ini, lantas saya berdoa agar dia dipulihkan daripada penyakit hati hasutan syaitan itu.

Begitu juga pemimpin politik kita sekarang tanpa mengira parti (MLM??) apa yang diwakili. Cakapnya bergedar2 tapi hasilnya masih kabur. Ianya lebih teruk bagi pemimpin parti yang lebih 50 tahun itu... bila agaknya mereka takut dengan Allah?

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009