Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

07 February 2011

Sama tapi tak serupa

Sewaktu cuti Hari Wilayah yang lalu, saya dan cik abang menonton wayang gambar 'back to back'. dah lama tak buat cam gini :)

Sememangnya saya ingin menonton Haq terlebih dahulu dan Shaolin kemudiannya agar adrenalin meningkat laju, namun slot masa tayangan tidak mengizinkan kami berbuat demikian dan seperti yang saya sangkakan, ianya menjadi kenyataan...


Shaolin

Filem arahan Benny Chan ini berlatar belakang tahun 1920an semasa peperangan saudara di satu wilayah di negeri China. Antara penyebab saya menonton filem ini adalah Andy Lau, Nicholas Tse dan Jackie Chan.

Lakonan Andy Lau sesungguhnya amat baik sekali, semasa watak jahat, jahat sungguh dia dan semasa telah berubah menjadi baik, lakonannya sungguh sayu dan hiba sekali impaknya. Saya amat kagum dengan sksi seni pertahan diri beliau persis seorang professional. Saya pasti Andy Lau sememangnya telah meletakkan jiwa dan raganya untuk watak Huo Jie.

Bagi peminat cerita kung fu, filem ini 'is a must see'... Kung fu Shaolin dalam filem ini sungguh seni bunga tarinya. Tambahan pula pemandangan bukit bukau yang memukau terasa seperti kita di sana...

Shaolin Master words captivated me...

~ everyone is born with a purpose ; so no one is ugly duckling la...
~ dont let your ambitions lead you doing bad things, instead...
~ always do good to all people around you.



HAQ

Jalan cerita super hero yang beriman dengan Allah membuat saya teruja untuk menonton filem ini tapi ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya Cik Sutradara ingin membuat filem sekuel (ada ker sekuel???).

banyak sangat persolan yang tak terjawab dan adegan2 yang tak perlu, yang paling saya tak faham ialah kenapa adegan perculikan??? kalu dah super hero, buat sendiri la... ini kata bermusuh tapi lepas berjumpa siap boleh menari ballroom pulak, hhhmmmm....

jangan risau kalau tak sempat menonton di pawagam, pi sewa DVD ajer la... you wont miss anything :P

Sementara menunggu nak pi beli DVD Hantu Kak Limah, we all layan nih...



Damping Malam

Tak seram sangat lah! Lakonan baik jalan cerita pun ok cuma tahap keseraman kurang (ke aku ajer yang tak seram???). Saspens lagik citer Hantu Kak Limah :P

Cuma yang kurang terang ialah kenapa Ku Lira amik balik pendamping dia sedangkan sebabnya dia sunyi dan takut suaminya di ambil orang??? Macam tak kena ajer kan?

No comments:

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009