Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

24 November 2009

Dalam kesibukan, sempat jugak...

Sat tadi sempat Cik Ketumbar dan saya menjenguk sambutan radio Suria.fm kat lobi ofis. Happy Birthday Suria.fm! Ada artis dan persembahan... Syiok juga tengok mini konsert! :))


Tiba2 terserempak dengan... jeng jeng jeng...


My favs and fabulous Ning Baizura!!!!!! Jangan jeles :P
Siap cium pipi lagi tau!!!!! Akak suker!!! Akak suker!!!


Cik Ketumbar pun amik kesempatan gak... :)


Sempat lagi...
Dafi dan makcik2 ASMB hahahahahaaaaaaa

hilang stress kerja aku daaaa.... :)

18 November 2009

Mengharungi cabaran hujung tahun

.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, aku rasakan cabaran inilah merupakan cabaran akhir tahun yang hebat baik bagi kerjaya mahupun peribadi. Aku sedang melalui masa2 susah dalam hidup di mana ramai yang bergantung harapan kepadaku dan mengharapkan yang terbaik daripadanya. Macam mana nih??? Masa untuk diri sendiri pun tiada, alahai...

Teringat pesanan seorang sahabat online, ntah bila boleh berjumpa bertentangan mata dengan dia nih... terlalu secretive... oi!!! pompuan la... bukan lelaki terakhir malaya!! Katanya zikir lah... zikir tu macam pakai toner kat muka, refreshing!!!!

Allahuakhbar! Subhanallah! Laailahaillallah!

10 November 2009

Bila hujung tahun, macam2 perlu diselesaikan...

Aduh! macam2 perlu dilakukan sebelum 1 Januari 2010 menjelang tiba... kerja hakiki dan tugasan pelajar membuat saya tidak sempat bernafas seperti biasa. ...dan sebab itulah juga tonsil membengkak dan urat di badan sakit semuanya. Hati meronta2 untuk ke spa atau Thai massage, namun bilakah masa yang sesuai????

KPI kakitangan bawahan perlu dibuat, KPI keseluruhan kakitangan perlu dipantau, cadangan kenaikan gaji (ada ka???) dan cadangan perbelanjaan sumber manusia perlu dikertas kerjakan. Program latihan terakhir tahun 2009 perlu mendapat kelulusan dan perancangan cuti perlu diteruskan.

Soalan2 ilmiah Dr Ibrahim dan 2 assignment mencabar minda perlu dijawab dan dibukukan. Persediaan peperiksaan akhir tahun masih tak nampak bayangannya...

Kezutan ulangtahun perkahwinan Mama dan Papa kenalah ditangguh memandangkan pasangan sehati berdansa itu, akan memimpin sekumpulan bakal haji ke tanah suci bermula esok. Alahai...

Kakak ipar pula meminta kami pulang sempena Hari Raya Aidil Adha tapi hatiku berbelah bahagi... kesian adik2 beraya tanpa Papa dan Mama, hhhuuuwwwaaaaaaaaa...

... dan kejadian paranormal kembali melanda kami.

YA ALLAH!!!!!! TOLONGLAH AKU!!!!!

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009