Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label general election. Show all posts
Showing posts with label general election. Show all posts

27 March 2008

Ini kah kesudahannya?

PRU12 yang lalu menyaksikan semangat rakyat yang mahukan perubahan dan juga... negeri2 mengambil masa yang la membentuk kerajaan negeri masing2. Yang terhangat di pasaran ialah Terengganu...

Betulkah cerita ini?


Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

Posted by Erin
Wednesday, 26 March 2008
(SiasahDaily) KUALA TERENGGANU: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.
Sumber : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/5019/32/

dan yang ini...

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/80404

Harapan Idris makin malap?

Mar 26, 08 2:06pm
kemaskini 11:48pm Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya. Dihubungi Malaysiakini, setiausaha perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun tidak menjelaskan butiran perbincangan itu.Idris dilaporkan ditemani beberapa orang wakil rakyat BN negeri itu.Difahamkan, beliau tidak merancang mengadakan sidang akhbar hari ini.


Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan tidak lama selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung krisis pelantikan menteri besar Terengganu pagi ini. Dua pertemuan besar ini dipercayai dapat meredakan krisis yang berlarutan di negeri itu sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.Satu sumber dekat dengan pemimpin Umno memberitahu Malaysiakini hari ini, pertemuan antara Abdullah dengan Tuanku menunjukkan "tanda-tanda positif" ke arah penyelesaian. Bentuk penyelesaian itu, tambah sumber, bagaimanapun belum jelas. Difahamkan, kemungkinan penyelesaian itu termasuklah menamakan calon ketiga daripada kumpulan penyokong Idris.


Menurut satu laporan, Rosol berkata semua wakil rakyat BN yang berada di Kuala Lumpur kecuali Idris kembali ke Terengganu hari ini.Semua 22 Adun itu akan tetap setia pada Idris tetapi menyerahkan perkara tersebut kepada keputusan Abdullah, lapor laman web New Straits Times malam ini.Rosol menggesan Abdullah agar "terus tegas" melantik Idris. "Kami hanya mengambil arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," beliau dipetik sebagai berkata.Beliau juga enggan mengulas hasil pertemuan Idris dengan Abdullah.Beberapa media dalam talian dan blog tengah hari ini mula meramalkan Ahmad akan kekal sebagai menteri besar.


Blog popular Rocky Bru menyebut, Tuanku Mizan membangkitkan isu penggunaan wang ehsan di negeri itu kepada Perdana Menteri. Wang ehsan diperkenalkan sewaktu negeri itu ditadbir oleh PAS antara 1999 hingga 2004 selepas wang royalti minyak Petronas ditarik balik dan diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.Abdullah juga dititahkan mengadakan pertemuan dengan Ahmad, lapor penulisnya Ahiruddin Attan.Sementara laman berita Malaysian Insider melaporkan, pertemuan itu berjalan dengan "mesra". Abdullah mencadangkan wakil rakyat Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, sebagai calon ketiga bagi mengatasi perebutan antara Idris dan Ahmad. Tuanku Mizan, laporan itu dipetik, bagaimanapun bertegas menyokong Ahmad.Selain penggunaan wang ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan Idris berhubung beberapa isu dan dasar lain, antaranya insiden rusuhan di Batu Buruk pada September tahun lalu.Semalam Idris menyatakan kesediaannya menghadap Sultan Terengganu - baginda juga Yang di-Pertuan Agong - bagi memohon keampunan Tuanku Mizan.
Di Kuala Terengganu pula, tersebar berita bahawa Abdullah telah bersetuju menerima pelantikan Datuk Ahmad Said selepas perjumpaan mereka petang semalam. Bagaimanapun perkara belum dapat disahkan, setakat ini.Pertemuan Ahmad dengan Abdullah semalam berlangsung selama satu jam bermula 5.30 petang di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya


Perak juga masih ada kemelut nampaknya...


Perak: Letak jawatan besar-besaran
Mar 26, 08 8:53am
Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak bersedia melepaskan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR. Manakala 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menurut langkah yang sama, lapor laman web Utusan Malaysia hari ini, memetik kenyataan presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil. Sementara kerajaan negeri, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung.
Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih semua ketua kampung.Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh semalam.
Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan."Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri."Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh PKKNP.



Selesaikanlah dengan damai dan bijaksana... ambil cerita bergambar di bawah sebagai ikhtibar...





Senyum walaupun hati kita menangis...

6.13pm


21 March 2008

Apa yang telah berlaku? – Bahagian III


g. Post General Election comments

Terima kasih kepada Minaq Jinggo atas gambar di atas.

Disebabkan tsunami politik semasa PRU12, macam2 berlaku. Ada saudara mara menyindir saya kerana berlainan pendapat, kawan2 tidak bertegur sapa dan email saya bertubi2 menerima surat2 tanpa setem. Semua orang bercerita tentang politik hinggakan blog hiburan turut cerita politik. Ini ombak tsunami lebih 15 kaki di Acheh dulu. Namun, masih ada yang mahu berkata2 dengan pandangan yang berbeza tetapi dengan mesra. Ingin saya ulang sekali lagi... 'Difference in comments and opinions should enrich our minds and not restrict them...' Thanks Our for that!

Selepas mengundi di Sekolah Lai Meng, Jalan Ampang bagi P119 Titiwangsa pada pagi 8 Mac 2008, kami sekeluarga balik ke JB memenuhi jemputan kenduri Kak Long suami saya. Tidaklah saya ketahui X saya itu menyumbang kepada tsunami politik sehingga BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding PRU11. Rata2 semua terkejut semasa keputusan PRU12 dipapar di kaca TV malam itu. Kami turut berjaga hingga 3 pagi namum agak kecewa sebab banyak keputusan masih belum diumumkan.

Saya simpati BN kerana kehilangan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia. Rakyat mahukan PERUBAHAN. PEOPLE WANT CHANGE! People vote other than BN due to dissatisfaction in crime rates, consumer goods and corruption. People want something to be done. This is modern politics unlike our grandparents. So if your are elected, this is the time to show your commitment and sincerity in doing your duty, or else we see you no more… BN leaders on the other hand, this is the time to redress. Pemimpin kena jaga rakyat dan bukannya rakyat jaga pemimpin, kata pemandu teksi yang membawa kami sekeluarga ke LCCT tempohari. Kalau BN masih jumud dan asyik mengharap rakyat jaga BN, alamat laaaaa… Its time for BN to be transparent, honour the freedom of speech and stop bullshitting the people. Aku sudah muak denagn bobrokkan media perdana yang berfikiran rendah dari anak aku yang sekolah tadika! People are more intelligent and as fast as a speeding bullet will rectify any statement made by you. The people will be watching…

Dalam tempoh 4 atau 5 tahun ini, BA dan BN perlu bekerja keras. BA perlu tunjukkan yang mereka mampu memimpin dan menguruskan Malaysia Inc. dan BN pula perlu memenangi hati rakyat semua… kita tunggu dan lihat… this is what I call the real check and balance in democracy. Stop pointing fingers and start working!

If my Srikandi friends just read and understand my short comments, I am surely they will not done what they have done last Thursday. Gals, I hope the light to revivify our friendship doesn’t have to be like the PRU12 results.

19/03/2008 - 12.53pm

17 March 2008

Apa yang telah berlaku? – Bahagian II

Masa menulis bahagian ini, pilihanraya sudah berlangsung dan saya baru balik dari cuti di Langkawi. I shall write that on Part 3. Aduhai... masa berlalu begitu pantas ek?

d. My Latest Collections

Gifts from my hubby… Though I usually reward myself, but… orang nak bagi kita terima ajer la hehehehehe Do ignore the background hehehe





e. General Elections 2008

‘They’ say blogger can’t be trusted? Hey! Semak dulu fakta sebelum bagi komen. Do your homework, please!

This will be my 4th time to cast vote. Kenapa? Tak percaya ka? I am a very RESPONSIBLE CITIZEN. Register with SPR upon turning 21 and started voting in 1995 – Azim was born 2 months before, 1999 – a memorable experience, 2004 – Melayu mudah lupa, now 2008 – the wind of change.

C’mon friends, choose your stand now! Saya memilih mereka yang menegakkan Islam! Ambil perhatian pendapat peribadi sebegini…

1. Weellllllll. .. my take on Malaysians politics nowadays.. I am voting for the lesser devil... wakakaka...

2. sekiranya tak ada satu parti pun yg kita rasa layak memimpin negara terchennnta - -pilih yg paling kurang membawa kerosakan.. sebab mana ada yg perfect pung!

3. we need all parties, I don't wanna say 'Oppositions' parties.. siapa yg melabelkan siapa.. (in the case of K'tan, whose the opposition here???) We need differents parties, to keep in check the ruling party.. kalu dak, makin naik tanduk lah the ruling party....

4. my vote is to reduce majority on the winning parties hahaha...so that they'll know that their popularity is going down and will work hard in order to gain back the people trust and confidence.. for next election..2012 also to check and balance the governing party..

5. Aku orang gomen (tetiba muncul dari mimpi yang panjang..... ) tak boleh komen -ve pasal gomen tapi boleh angguk2 dan geleng2.....

6. governmen t is a body governing the states, not a party......governme nt is us...... all payment and expenses of the country is borned by us, the tax payers!!!! therefore, must make sure that our money is used prudently, efficiently and accordingly. ..and it is handled by trustworthy leaders...

I shall comments no further. Kang tak pasal2 aku kena ISA and laki aku ada orang lain kebas pulak, lllllllaaaaaaaarrrrrikkkkkkkkk…


f. Gambar dengan Khaty Ibrahim

Setelah puas aku menghantar email kepada Pengurus Khaty Ibrahim, akhirnya dia email juga gambar we all dengan Kathy masa majlis makan malam Disember lepas. Tak sangka cun jugak aku nih yea... hehehe but please... again ignore the background (oh no! the the hotel's kitchen!)






16/3/2008 - 4.45pm

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009