Macam tidak kena saja tajuk di atas ya? hehe
Cinta hati saya telah patah hati kerana telefon bimbitnya buat hal lagi. Maklumlah telefon yang telah melebihi 2 tahun sudah layak dikatalogkan di dalam Muzium Telekomunikasi, ahaks!
Jadi saya menemaninya berjalan2 cari handphone. Memandangkan penggunaan telefon bimbit cinta hati saya terhad kepada percakapan dan SMS sahaja, saya mencadangkan agar dia mendapatkan telefon bimbit yang lebih bersesuaian berbanding saya yang bercita2 mendapat anugerah Blogger Gigih hehehe
.
tapi telefon ini yang dibelinya... Nokia 6500 slide. Typical men! Tak mahu kalah!
.

So it has been 3 days and the man is still passionately playing with his new toy :P Moi??? Biarlah Si Luncai terjun dengan labu2nya... biarkan... biarkan...
.
JJ Bilik Hujung gave me a belly dancing exercise DVD yesterday. Something like this...
.

Sampai sahaja di rumah, saya terus memasang DVD berkenaan. Mak oi!!!! Seksi dan seksanya minah kembar nih... **statement berbau jeles sebenarnya tu...**
.

Baru sahaja angkat kaki dan tangan, Aliyah pula hendak susu, hhhmmmmm... sambung balik, baru hendak mula gelek, Azhad pula nak tengok Ben 10. Cinta hati saya pula..."tak de citer lain ker you nak tengok???" Apalah nasib ibu debab seperti saya... hhhuuwwwwaaaaaaa....
.
Walaupun baru 20 minit terasa penat juga... harap2 saya dapat jumpa kembar ini lagi petang ini untuk sessi 30 minit pula... hihihi
.
Life full of suprises huh?
.
.








