Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

14 June 2011

Abang Long @ MRSM Transkrian


Semalam Abang Long mendaftar di MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kami sekeluarga kali pertama menjejakkan kaki di Transkrian ni... Nice place, food sedap hehehehe

Mudah2an Abang Long dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sesungguhnya hati saya memang berdebar sebab ini kali pertama akan berjauhan dalam tempoh yang agak lama dengan 'baby' nih... Walau pun dah umur 16 tahun, he is still a baby to me...

Masa berpisah memang sedih. Athirah memang menangis teresak-esak. Mama Azim nih pun tangkap leleh sama hehehehe tapi bila mendengar kata2 Azim, hati jadi sejuk... "Mama, terima kenyataan anak mama nih dah besar. Kalau Azim tak pisah dengan mama sekarang, kita sure akan berpisah kemudian masa Azim masuk universiti."

"Ya Allah, selamatkanlah anak aku nih!!!!!"

dan aku menangis sepanjang perjalanan pulang ke KL...

02 March 2011

Athirah 9th & Azhad 7th

Hujung minggu lalu kami membuat satu majlis kecil2an untuk sambutan hari lahir Athirah yang ke 9 dan Azhad yang ke 7. Yang hadir tentulah rakan sekelas mereka.

Kek Azhad - penat gak nak memikirkan karekter apa
yang hendak diletakkan di atas kek tahun ini :P

Athirah - nasib baik tak mintak kek Barbie 2D, legaaaaaa...




Cakes by Aleen :) yummy! Thanks dear...




Semoga anak2ku menjadi yang terbaik untuk agama dan bangsa :)

pst : Aliyah dok usha baeeek punya supaya buat besday party untuk dia pulaks hehehehe

16 February 2011

Anak remajaku pun boleh memikirkan hal ini, apatah lagi politikus2 itu...

Petang tadi di dapur sambil menyediakan makan malam.

Azim : Ma, sepatutnya harga kereta buatan tempatan dijual dengan lebih murah setanding dengan pendapatan rakyatnya. Apasal kat Mesia tak macam tu???

Mama telan ayaq lioq jugak nak jawab nih... tanpa tunggu saya jawab...

Azim : Macam kat India tu... kete depa tak canggih pun tapi affordable by the people. Kenapa juga ek Proton asyik tiru design kete orang lain? tak boleh fikir design sendirik ker? macam inspira tu sejibik tiru mitsubishi. kemudian mitsubishi keluar design kete baru lebih cantik jadik sapa nak beli inspira technology and design lama??? malaysia kan banyak sumber semulajadi, tapi barang2 masih lagi mahal. kenapa tu??

bertubi2 soklan Azim, saya hanya tersenyum...

Azim : Biasa ler kat Mesia nih semuanya politik! Azim rasa kalu Proton tu bukan orang politik yang manage, tentu lain jadiknya...

perlukah saya menjawab soalan anak saya nih yang mana dia sendiri telah menjawabnya hasil pengamatannya sendiri. its sad... really sad... melihatkan politik mesia sekarang...

dan politikus itu masih berbangga rakyat mesia berbilang kaum dan hidup aman... sorry, me and my family has gone beyond 1 Malaysia. we want something useful to inherit to our children and their children. 1 Malaysia only cant guarantee that...

19 November 2010

Topi oh topi





Anak2 bergaya dengan topi masing2 yang dibuat oleh Mai Okinokiyo. Memang puas hati! Cun!!!!

Cuma Aliyah ajer macam ulat sket masa amik gambar, semua blur... last2 dia malas n campak topi. tu la pasal dalam gambar tu si kakak yang pegang topi dia... hehehe

Okinokiyo's hat is double sided so you can wear both ways... jez choose the fabric (cotton and corduroy) and a hat is on the way... dah tentu kena bayar dulu yea When the kids wear the sun and bucket hat, Mama also wanna have one!!!! :P

17 October 2010

Suatu hari di Hari Raya

Gambar ini saya ambil semasa anak2 bergaya menghadiri jamuan hari raya di sekolah agama dan tadika masing2.

Kakak memang hebat kalau bergaya muslimah


Bukan senang tau nak suruh Azhad berbaju melayu lengkap macam nih...

08 September 2010

Siaran Tertunda - 09072010

Sedang saya merayau2 di The Curve, saya terpandang kedai buah2an yang menjual buah mangga besar ni... jadi saya pun terpanggil untuk membeli buah mangga 'giant' nih disebabkan kebesarannya hehehehe kata sales assistant tu buah mangga nih daripada Taiwan dan sebab itu ia dipanggil Taiwan Mango.

beratnya hampir 2kg dan aku menghabiskan lebih RM20 untuk di'ngap'


2 models for Taiwan mango
Aliyah siap kena pikul mangga tu lagik hehehe


duit seposen nampak kecik sangat kan?

lebih kurang 10 inci panjang

sejibik mangga dapat mengisi dua pinggan besar!!!!

and the kids simply love it!

07 September 2010

Siaran Tertunda - 07072010

Aliyah is 3!!!!


Kakak hadiahkan adik pensil warna yang dibeli daripada wang simpanannya.
How thoughtful kan?


Cake by Aleen Omar, yummy!!!!


Jangan siapa2 tiup lilin Aliyah tau!!! Aliyah nak tiup sendiri...




Ramainya nak potong kek tu...


Yea... yeah... dapat hadiah!



Gambar2 ini semuanya daripada mukabuku saya (FB la tu...)

07 July 2010

Aliyah dah 3 tahun!

HAPPY BIRTHDAY, ALIYAH!!!!!

Seperti biasa kalu birthday anak2 jatuh di pertengahan minggu, kami hanya adakan majlis kecil2an sahaja. Pada hujung minggu itu baru ahli keluarga lain dijemput bagi memeriahkan suasana.

Sibuk sungguh kakak dan abang bertanya, "kenapa tak beli kek?", "kenapa Nani dan Mak Ngah tak datang?"

Bagi kanak2, sambutan hari jadi memang sesuatu yang menggembirakan :))

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009