Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label aqidah. Show all posts
Showing posts with label aqidah. Show all posts

12 March 2012

Membalas dengan kebaikan

Saya terlintas satu email lama daripada jiran saya... bila terbaca kandungan email nih memang ianya sesuatu yang saya berusaha untuk lakukan, susah tapi kita mampu lakukannya... Kata2 poster di atas mengingatkan kita bahawa kita sering merasa kita sedang menghadapi cabaran atau diuji Allah dengan perit sekali sehingga acapkali kita terlupa, ada insan lain yang lebih hebat dugaannya.

Baru sebentar tadi rakan sekolah saya berkongsi satu pengalaman. Lututnya beliau sakit terutama ketika menaiki menuruni tangga dan perlu mengambil ubat2an bagi menahan kesakitan tapi rupanya kakaknya mengalami sakit lutut yang lebih serius hingga memerlukan rawatan pembedahan, jadi beliau berkata... "tak ler sakit sangat lutut I rupanya...". Kalau kita muhasabah diri pasti ada jalan penyelesaiannya bukan? Tiba2 saya juga merasa sakit tendonitis saya nih pun sikit saja :)

Khutbah Jumaat 4 Februari 2011

Tempat: Surau Al Falah Sek 6 Kota Damansara
Khatib: Ust Shukri
Bilal: Ust Ramlee

1. Manusia dijadikan akal utk buat baik atau buruk iaitu antara dosa dan pahala.
2. Setiap hari manusia ada pilihan utk berbuat baik atau sebaliknya, sbg contoh nak bangun subuh berjemaah di masjid atau sambung tidor.
3. Nabi Yusof pernah dicampakkan ke dlm perigi buta oleh sdra2 sendiri selama beberapa hari namun masih tetap memilih utk berbuat baik dgn bersabar.
4. Nabi Yusof juga pernah digoda oleh seorg perempuan di dlm bilik tp mampu memilih jln yg baik dgn menolaknya menggunakan kuasa iman yg ada pd dirinya.
5.Diriwayatkan bahwa suatu ketika Sy Umar brtanya kpd Ubai bin Ka’ab tntg taqwa. Ubai tanya Umar balik, ”Apakah tuan pernah lalui jalan yg byk duri?” Umar jwb prnah. Lalu Ubai tanya lagi, ”Apa tuan lakukan?" Jawab Umar, ”Saya ber- sungguh2 & ber hati2 supaya tidak kena duri.” Lalu Ubai berkata, ”Itulah erti taqwa yang se benar2 nya."
6. Salah satu hikmah khutbah ialah kita sentiasa diberi peringatan untk berbuat baik dan tingkatkan iman.
7.Didiklah anak2 jauhkan dari perkara2 mungkar dan maksiat.

JOM BUAT BAIK!!!! :)

11 January 2012

Blog, Blog dan Goblog!


SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!!!!!!!

pejam celik pejam celik dah setahun berlalu and I am getting more matured hehehe dah tua ler tu... alahai...

memang sibuk bulan lepas... juggling my life with many demanding hats on top of me huhuhu rumah yang satu nih pun dah bersarang hehehe

I am not gonna flashback what I have done but only to continue knowledge sharing this point foward though dalam masa sebulan dan sepuluh hari nih ada lebih 20 movies that I have watched on dvd or at cinemas, sempat gak kan tengok wayang :P

azam tahun baru ialah I wanna be a better human being, a better person... semoga Allah mengizinkannya :)

jadi sebagai entri pertama tahun nih saya ingin berkongsi catatan tazkirah yang saya baca baru-baru ini tentang dimana tahap keimanan kita setelah sampai umur 30 tahun? 40 tahun? aku ler tu... 50 tahun? kita sibuk dengan hal orang lain sampai tak ingat nak betulkan diri sendiri terlebih dahulu.

sudahkah kita mantap tentang Surah Al-Fatihah? Taukah tajwid dan fahamkah maknanya? memang itulah bacaan lazim masa solat tapi betulkan sebutan kita? memang kita dah khatamAl-Quran tapi betul sangatkah tajwid kita?? fahamkah maknanya??

lebih baik kita muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum betulkan ketam lain berjalan senget.

sahabat, kalianlah cermin diriku... aku terlalu banyak kekurangan. maafkan diri ini daripada hujung rambut sampat hujung kaki. semoga Allah mempermudahkan ibadah kita tahun ini :)

11 November 2010

7 sunnah Nabi Muhamad SAW


Saya terima pesanan ini melalui emel sahabat sekolah saya. Memang tiada pengesahan hadis sahih mengenainya tapi saya rasa selagi ianya tidak menyekutukan Allah, pasti ada faedah dan khasiatnya…

Renung2kan dan selamat beramal… **sorry Prof Ezi, terpinjam tagline lah pulaks...** :)

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: ada di masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: bersedekah. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia, Ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ‘ritual’ dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati tetapi orang yang tidak beragama akan merasa lebih sengsara. ~ Saidina Abu Bakar As-Sidiq~


08 September 2009

Yang inikah atau yang itu???

Maaf lama meninggalkan rumah ini... pelbagai tuntutan menyebabkan rumah ini jarang dikunjungi... maaf...
.
Namum emel yang saya terima semalam ingin saya kongsi bersama. Dalam ketawa memang ada benarnya hehehe
.
PUASA : MANA SATU ANDA PUNYA?
by SOFI WAHAB

1. Puasa Buta Celik :- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak awek lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta :- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk :- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap :- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong :- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua :- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib :- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari :- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang :- Depan orang bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.<---NI PUASA MAZLEE BOTAK, HAHAHA
.
10. Puasa Tanpa Nama :- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

23 August 2009

Ramadhan Sale!!!!!

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur saya setahun lagi dan mengupayakan saya memberahi kepada Ramadhan tahun ini.
.
Terima kasih kepada saudara dan sahabat handai yang telah menghantar ucapan selamat kepada saya dan keluarga sempena Ramadhan ini. Ada yang sempat saya balas dan kepada yang tak sempat tu maaf lah...
.
Namun, email daripada seorang yang saya tidak kenali telah menyentuh akal saya tatkala membacanya... dalam tertawa sebenarnya email itu telah memukul saya ibarat FRU membelantan reformis semasa tahun 1998 dahulu (macam ada experience ajer???? hehehe).

Sama2 kita hayatinya...


Selamat beribadah sahabat2 semua... Semoga ibadah kita kali ini Allah terima dengan terbuka... aminnnnnnn....

19 August 2009

Hidup Adalah Kembara

Puas saya memerah otak sambil mengetuk jemari di keyboard seharian semalam. Saya ingin berkongsi sesuatu tapi semua serba tak kena. Kuasa Allah sememangnya sukar diramal kan? Langsung saya diketemukan dengan sepucuk email catatan bekas Mufti Perlis yang saya rasa sungguh syahdu sekali penulisannya.

Saya semenangnya mengharapkan sahabat yang berkawan dengan saya kerana saya seadanya dan bukannya kerana siapa saya kenal atau apa jawatan saya dan saya dapat rasakan kembara saya masih jauh lagi perjalanannya. Ya Dr Asri, saya turut berdoa semoga Allah selamatkan kita sekeluarga daripada kembara kehidupan yang sedang membelasah kita…

Kembara Merentasi Benua Kehidupan
Disiarkan pada Aug 16, 2009

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya tidak suka menulis tentang diri sendiri di ruangan ini. Namun izinkan saya mencoret kali ini seperti mana saya pernah coretkan hari terakhir saya menjadi Mufti Perlis. Tulisan ini adalah tulisan terakhir saya selama berada beberapa bulan di United Kingdom.
.
Ketika ini, bilik asrama kecil lagi usang yang hampir berusia 200 tahun, yang saya tinggal dalamnya beberapa bulan sebagai ‘orang bujang’, berselerakan dengan barang-barang yang sedang dikemas. Bilik ini terletak dalam bangunan yang dinamakan Old Building, University Of Wales, Lampeter.
.
Kenapa saya sampai ke sini? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Dahulu, saya memang sering berdoa untuk dapat buat sabatikal di UK. Hanya kerana saya sudah pernah tinggal di Negara Arab, harapnya ada sedikit pengalaman baru di negara Barat. Saya tidak pula terbayang di mana universiti saya akan pergi. Sehinggalah saya ‘tercampak’ ke cerok Lampeter yang tenang dan nyaman ini.
.
Memang, tidak pernah satu hari saya terbayang akan sampai ke daerah yang seperti ini. Namun, saya syukur dan akur atas segala kurnia, kerna hikmah kehidupan menjelma dalam pelbagai rupa dan ruang.


The Old Building (St David's Building) at the University of Wales, Lampeter
.
InsyaAllah, pada hari ini (Ahad), hari artikel ini diterbitkan adalah hari saya sampai ke Malaysia. Saya membaca semula tulisan lepas saya yang bertajuk Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis. Artikel itupun diterbitkan pada Ahad, hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Terus selepas itu, saya ke UK.
.
Ahad yang bermaksud satu adalah hari pertama dalam bilangan hari. Ia sering menjadi hari terakhir saya dalam tugasan. Baik juga, kerana sering memberi saya peluang membuat kesimpulan di ruangan ini. Apapun, Allah mengingatkan kita: (maksudnya) ...
“..dan demikian itulah hari-hari Kami jadikan ia bersilih ganti antara sesama manusia” (Surah Ali ‘Imran: ayat 40).
.
Ya! Hari berganti, manusia berubah kedudukan, keadaan dan berbagai lagi. Allah mengubah iklim dan warna kehidupan kita dengan berbagai cara. Kesemua itu menerusi hari-hari dalam perjalanan apa yang dinamakan al-hayat al-dunya atau kehidupan dunia. Maka kita pun sedar, kita adalah kembara yang merentasi benua kehidupan untuk sampai ke satu perhentian yang bernama ‘kematian’. Di sanalah akan bermula alam baru dan cerita baru.
.
Namun cerita baru itu berkait sepenuhnya dengan diari kembara kita merentasi benua kehidupan ini. Bak kata Nabi s.a.w:
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Bicara Untuk Semua
Ramai yang bertanya, “selepas ini nak bertugas di mana?”. Saya kata: “di mana sajalah”. Semua orang tahu, sebelum saya menjadi Mufti Perlis, saya pensyarah USM dan saya datang sabatikal pun di bawah USM. Saya hanya jadi Mufti dalam masa dua tahun sebulan. Sebelum itu saya telah hidup tanpa sebarang jawatan yang ‘gah’.
.
Saya orang kampung, dari keluarga yang teramat sederhana. Sekian lama hidup sebagai rakyat ‘marhaen’ maka persoalan jawatan amat kecil untuk difikirkan. Apa yang utama bagi saya, bagaimana agar pendapat dan pandangan boleh disampaikan. Saya pohon perlindungan dengan Allah dari pena dan lidah saya tidak dirampas orang.
.

Jika pena saya ‘dipatahkan’ atau lidah ‘dipotong’ sehingga saya tidak dapat menulis dan berbicara, saya berharap saya masih mempunyai kekuatan untuk menggerakkan kepala bagi menyatakan tanda setuju atau bantah. Namun, jika dirampas semua, apa lagi yang tinggal bagi sebuah kehidupan ini, melainkan jantung hati yang redha pada yang baik, dan engkar pada yang buruk?!
.
Dua bulan lepas, saya pulang seketika. Itulah kali pertama saya berada di Malaysia selepas melepaskan jawatan Mufti kerana hari pertama saya meninggalkan jawatan tersebut saya terus terbang ke UK. Saya bersyukur, dalam masa beberapa hari itu, kedua-dua bekas Perdana Menteri kita masih sudi menjemput saya bersembang di pejabat mereka masing-masing.
.
Demikian juga YAB Timbalan Perdana Menteri. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pun mengajak saya ke kediaman rasminya. Sahabat saya, Ketua Pemuda PAS dan timbalannya juga datang berbual panjang dengan saya. Banyak perkara dan isu dapat kami bertukar-tukar pandangan. Juga YB Penasihat PKR, ada bercakap dengan saya melalui telefon memberitahu beliau akan pulang ke Pulau Pinang dan mengajak saya bersembang jika ada ruang.
.
Namun, nampaknya masa ketika itu tidak mengizinkan. Apapun, saya bersyukur, saya masih dapat berbicara dengan semua sahabat dan insan-insan ‘utama’ ini. Juga syukur mereka tidak melihat apa jawatan saya, tetapi melihat saya sebagai seorang rakyat dan ‘sahabat’. Saya harap saya dapat kekal atas landasan ini, berbicara untuk semua tanpa kepentingan diri atau parti. Saya akan menyokong apa yang saya yakin baik, dan mengkritik apa yang saya rasa tidak benar atau tidak wajar. Jiwa kita akan merasa lapang dan bahagia apabila kita bebas dari ketaksuban atau fanatik.

Tawakkal
Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!
.
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.
.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan.

Bekalan
Saya datang ke UK untuk sabatikal seperti mana kebanyakan pensyarah universiti lakukan. Saya tinggalkan jawatan mufti. Saya cuba memahami apa yang barangkali saya belum lalui sebelum ini. Bak kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
.
Setiap kali kita mengembara, kita melihat sesuatu yang baru yang jika pun tidak mengubah hidup, ia pasti memberi kesan. Bahkan dalam sejarah al-Imam al-Syafi’i, beliau mengubah banyak fatwanya semasa di Iraq, apabila melihat situasi dan perkara baru di Mesir. Sehingga pandangan beliau dibahagikan kepada qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru).
.
Beberapa tokoh revivalist Mesir berubah ketika melawat Negara Barat dan begitulah berbagai sejarah manusia berubah disebabkan kembara. Seorang muslim pastinya tidak berubah prinsip Islamnya, tetapi mungkin akan berkembang beberapa tafsiran dan ruang wacananya. Apa yang lebih penting, saya sudah merentasi satu tempoh waktu yang direncanakan, saya harap saya memperolehi sesuatu.
.
Hidup adalah kembara. Semua kita pasti kita akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. Cumanya, dalam kembara di benua yang luas ini, setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang mungkin tidak sama. Namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan Yang Maha Adil.
.
Perjalanan pasti akan berakhir. Cuma yang kita sedang runsingkan, bagaimana ia berakhir. Berbagai tempoh dan detik kita akan tempuhi, namun tiada yang lebih indah daripada perasaan bergantung harap kepada Allah. Benua kehidupan terlalu luas dan menakutkan. Banyak kejahatan, juga berbagai kebaikan. Moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup.

29 December 2008

Awal Muharram 1430H


Saya amat berharap pada tahun ini saya dapat mempertingkatkan lagi amalan akhirat saya. Bukan tiada usaha pada masa ini cuma virus M (malas bukan nama sebenar hehehe) berjaya menakluk diri ini. Saya ingin bebas dari virus itu.
.
Saya juga ingin menguatkan diri melawan gangguan jin dan syaitan. (Tak ingin bercerita lanjut tentang hal itu buat masa ini. Bila saya dah bersedia, pasti saya akan cerita.)

Mudah2an Allah permudahkan urusan ke arahNya untuk kita...aminnnnnnn...
.

08 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H

Saya telah menerima satu email yang menarik yang ingin saya kongsikan maklumatnya bersama sempena Hari Raya Korban ini. Semoga kita berpeluang melihat Batu Hajar Aswad secara 'live' di Mekah nanti... Ameennnnnnn...

Misteri Batu Hajar Aswad



Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?
.
Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
.
Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air.
.
Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam." Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)
.
Renung2kan... dan selamat beramal... :)
.

14 November 2008

Berkhidmat Kerana Allah

.
Saya telah pergi ke Tabung Haji tengahari semalam. Menyimpan duit raya anak2 dan membuka akaun untuk Aliyah bagi membolehkan saya membuat simpanan melalui potongan gaji untuknya. Banyak kali saya berkunjung ke Tabung Haji Cawangan Maju Junction ini tetapi saya tak pernah perasan motto TH kerana saya sangkakan motto Pilihan Utamaku masih terpakai.
.
Namum motto ini memang menarik tertarik (kau memang da bomb!) perhatian saya. Kalau saya membuat bancian soalan "Kamu Berkhidmat Kerana Apa?", saya pasti pelbagai jawapannya dan sudah pasti tarikan wang tidak boleh sama sekali saya ketepikan.
.
Anda nampak apa yang tertulis di belakang tu???? BERKHIDMAT KERANA ALLAH

.
Bukanlah saya untuk mempertikaikan motto itu atau ingin memenuhi kemusykilan di ruang kepala pegawai kaunter berkenaan semasa saya mengambil gambar ini tetapi saya ingin mendalami kenyataan itu sendiri... Maka soalan itu asyik bermain di kotak fikiran dan sudah mencapai gaya 'screen saver' nampaknya hehehe Aku Berkhidmat Kerana Apa????

Ya Allah tetapkanlah imanku hanya padaMu...

Yang pasti soalan itu masih bermain2 dilubuk hati walaupun rezeki sedap ini di depan mata kemudiannya... hehehe




Aku ingin mencapai tahap itu Ya Allah... Tahap shangri-la jika dibandingkan dengan dunia ini. Tahap dimana hati sentiasa memuji namaMu dan mampu senyum dan mendoakan kebahagian kepada mereka yang dengki dan memusuhi. **Kena usaha lebey nih... kalu tengah drive, sure berbakul2 orang aku maki :P**

Hidupku dan matiku hanya padaMu, Ya Allah...
.

16 June 2008

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Baca tajuk sahaja sudah membuatkan diri ini tak keruan. Saya menerima artikel ini melalui emel dan setelah membacanya serta merta saya rasa saya perlu berkongsi artikel ini dengan saudara mara sahabat handai.
Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?
Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.
Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak. Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan.
Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi'. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?” . Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.
Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009