Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label oil price hike. Show all posts
Showing posts with label oil price hike. Show all posts

02 July 2008

Sudah ler tu oi!!!!

PM dan TPM,
~~
Jangan alihkan isu sebenar yang sedang melanda ekonomi Malaysia...
~~
Rakyat sedang merana kerana kenaikan harga barangan keperluan dan bermacam benda lagi untuk keperluan hidup...
~~
Jangan pandang rendah pada Rakyat sebab kalau tiada kami tiadalah kamu...
~~
You are all smart and clever lots who have all the knowledge and resources to make us, Rakyat, at ease with the current economic situation and why oh why have you not done so?
~~

05 June 2008

Harga petrol naik 78 sen!


Terkini 9/6/2008
Cuba you all pi baca cerita nih... dan layari pautannya sekali... sungguh menarik! Tak perlu saya cerita panjang2 dan ulang suara macam burung kakak tua...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya sememangnya saya memang ada komen gila babas punya pasal kenaikan harga petrol ini tapi tugas hakiki memanggil. Lalu, saya biarkan you all membaca sedikit fakta hari ini dalam sejarah yang saya terima melalui emel pepagi buta ini...


5 Jun : Hari Alam Sekitar, Hari Perlembagaan di Denmark


1305 - Bertrand de Goth menjadi Paus Clement V.
1947 - Setiausaha Negara Amerika Syarikat George Marshall menyeru bantuan untuk ekonomi Eropah yang musnah akibat perang.
1967 - Perang Enam Hari bermula dengan serangan Tentera Udara Israel terhadap Mesir, Jordan dan Syria.
1968 - Sirhan Sirhan menembak dan membunuh Senator Robert F. Kennedy di Los Angeles.
1995 - Fasa jirim pemeluwapan Bose-Einstein (gambar taburan halaju) ditemui.
2008 – Harga petrol di seluruh Malaysia telah meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter menjadikan harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter. Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun. Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini. Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang pastinya tidak mempunyai sumber minyak sendiri dan jika kita bandingkan harga kita dengan negara pengeluar petroleum, harga kita adalah yang TERTINGGI. Syabas! Malaysia Boley!!!!!



Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009