Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label knowledge sharing. Show all posts
Showing posts with label knowledge sharing. Show all posts

12 March 2012

Membalas dengan kebaikan

Saya terlintas satu email lama daripada jiran saya... bila terbaca kandungan email nih memang ianya sesuatu yang saya berusaha untuk lakukan, susah tapi kita mampu lakukannya... Kata2 poster di atas mengingatkan kita bahawa kita sering merasa kita sedang menghadapi cabaran atau diuji Allah dengan perit sekali sehingga acapkali kita terlupa, ada insan lain yang lebih hebat dugaannya.

Baru sebentar tadi rakan sekolah saya berkongsi satu pengalaman. Lututnya beliau sakit terutama ketika menaiki menuruni tangga dan perlu mengambil ubat2an bagi menahan kesakitan tapi rupanya kakaknya mengalami sakit lutut yang lebih serius hingga memerlukan rawatan pembedahan, jadi beliau berkata... "tak ler sakit sangat lutut I rupanya...". Kalau kita muhasabah diri pasti ada jalan penyelesaiannya bukan? Tiba2 saya juga merasa sakit tendonitis saya nih pun sikit saja :)

Khutbah Jumaat 4 Februari 2011

Tempat: Surau Al Falah Sek 6 Kota Damansara
Khatib: Ust Shukri
Bilal: Ust Ramlee

1. Manusia dijadikan akal utk buat baik atau buruk iaitu antara dosa dan pahala.
2. Setiap hari manusia ada pilihan utk berbuat baik atau sebaliknya, sbg contoh nak bangun subuh berjemaah di masjid atau sambung tidor.
3. Nabi Yusof pernah dicampakkan ke dlm perigi buta oleh sdra2 sendiri selama beberapa hari namun masih tetap memilih utk berbuat baik dgn bersabar.
4. Nabi Yusof juga pernah digoda oleh seorg perempuan di dlm bilik tp mampu memilih jln yg baik dgn menolaknya menggunakan kuasa iman yg ada pd dirinya.
5.Diriwayatkan bahwa suatu ketika Sy Umar brtanya kpd Ubai bin Ka’ab tntg taqwa. Ubai tanya Umar balik, ”Apakah tuan pernah lalui jalan yg byk duri?” Umar jwb prnah. Lalu Ubai tanya lagi, ”Apa tuan lakukan?" Jawab Umar, ”Saya ber- sungguh2 & ber hati2 supaya tidak kena duri.” Lalu Ubai berkata, ”Itulah erti taqwa yang se benar2 nya."
6. Salah satu hikmah khutbah ialah kita sentiasa diberi peringatan untk berbuat baik dan tingkatkan iman.
7.Didiklah anak2 jauhkan dari perkara2 mungkar dan maksiat.

JOM BUAT BAIK!!!! :)

22 November 2011

Ada apa dengan pemimpin?


Sejurus selepas Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, dia menghilang diri dan tidak kelihatan di khalayak ramai selama 2 hari. Orang bertanya pada anaknya, “Di mana ayah kamu?”. Anaknya menjawab, “Semenjak dia dilantik menjadi khalifah, dia menjadi terlalu takut sehinggakan berkurung di dalam bilik. Dia menangis setiap masa sehingga saya lihat janggutnya sentiasa basah dengan air mata."

Zaman sekarang jawatan pemimpin jadi idaman dan rebutan dan ramai yang sanggup bermatian-matian menindas dan menjatuhkan orang lain untuk merebutnya. Untuk berlaku adil dalam kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh Allah bukanlah mudah. Dalam sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin yang adil, yakni yang layak untuk ke syurga.


Apakah kita suka kiranya jawatan pemimpin itu membukakan pintu neraka untuk kita? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya kita tercalon untuk jadi pemimpin. Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Lihat dunia di sekeliling, mana ada lagi pemimpin dan pemerintah yang adil? Di akhir zaman ini adalah satu pembohongan jika ada pihak yang melaungkan dia boleh memimpin dan memerintah lebih adil dari pemerintah yang ada.


Memimpin sebenarnya adalah tanggungjawab yang sangat berat. Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur. Ibarat kita di suruh panjat pokok kelapa, kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega. Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.


~nukilan daripada seorang sahabat saya~



~dipetik daripada www.leadersipchamps.wordpress.com~

Secara jujurnya memang saya juga mendapati kata2 pemimpin disekeliling saya agak sukar untuk dipercayai. Terkini saya dilempar dengan kata2 celaan oleh seorang pemimpin di pejabat saya sendiri. Rata2 warga kerja mengetahui hamba Allah ini seorang yang berilmu dan mempunyai ciri2 warak namun, dalam sekelip mata, semua itu diduga dan beliau akhirnya menunjukkan belangnya di depan orang ramai. Sakit hati saya masih terasa dan kalau ikutkan hati mahu sahaja saya membelasah dia macam aksi Aaron Aziz dalam filem KL Gangster yang banyak memenangi anugerah semasa Festival Filem 24 hari Ahad lepas. Saya mahu Allah bangga dengan hambaNya ini, lantas saya berdoa agar dia dipulihkan daripada penyakit hati hasutan syaitan itu.

Begitu juga pemimpin politik kita sekarang tanpa mengira parti (MLM??) apa yang diwakili. Cakapnya bergedar2 tapi hasilnya masih kabur. Ianya lebih teruk bagi pemimpin parti yang lebih 50 tahun itu... bila agaknya mereka takut dengan Allah?

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009