Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

23 June 2010

Marathon hidup ku seminggu ini...

aaahhhhhh hectic! my life is topsy turvy these few weeks...

10hb - balik Penang sebab Pak Ngah sakit kuat. Memang Pak Ngah kritikal and I cried my heart out. Syukur things improved the next day. Alhamdulillah. As at today Pak Ngah dah pindah ke wad biasa dan sudah boleh bercakap. Hanya Allah yang tahu hikmahnya...

hari nih jugak, aku dapat tau ada kawan tikam belakang aku, geram!!!!!!! tak per... nih Anakmami laaa.... they are messing with a wrong person!!! **Aku redho...**

11hb - FIFA World Cup 2010 starts... sure ada malam aku tak cukup tidoq nih!!!!

12hb - from Penang to Gambang attending Abang Nawar's HSBC Family Day. Since the atmosphere is still sad, I didn't enjoy much the event. But the kids surely did! Air dan kanak2 semenangnya tak dapat dipisahkan...

14hb - books and kids day.

15hb - virus attacked my netbook, kurang ajar sungguh virus tu kan????

19hb - 20hb - class day and hj sam's family day at my house (mana lagi kan????)

Happy Father's Day!!!!! Chinta hati saya belanja keluarga makan nasi beriyani... yum yum yum

21hb - additional role waits me at the office! apa lagi jawatan tetap AJK Hari Keluarga la... nasib baik dapat lunch free kat Marriott Putrajaya... hehehe

22hb - wahhhhh... hari nih tailor mai nak amik measurement untuk uniform opis. teruja nih!!! hahaha tapi... after lunch...

Puas hati aku 'belasah' mamat yang selalu memakirkan keretanya yang tak seberapa mewah itu di tempat parking khas aku... aku akan get ready untuk langkah seterusnya jika keadaan memaksa... **ngeri kan statement aku nih??**

want to run away but where???????


happy birthday AmoiGlam. semoga Allah terus memberkatimu...


07 June 2010

Anak2 dan Mothers Day

Pagi2 lagi 3 beradik nih dah beratur... Happy Mother's Day!!!!! Huh! Terharu gituh... Terus ambil hp n snap gambar diaorang. Mak nya tak payah gambar la sebab belum mandi lagi masa tu... kang bau sampai ke PC you all hahahahahaaa

Then we all went for brunch and dropped by to buy some groceries including formula milk for the children. While concentrating on which formula stage for the children, one of the Enfagrow consultant, with pleasant smile starting to ask questions on the formula milk that I am using now for the children. Chit chat chit chat she wanted to take a family photo for the company's promotion material and by participating we received this, nice huh?


Kalu korang terperasan gambar nih kuar paper ke majalah ker, jangan ler segan silu nak minta otogerap wa pulak yea... kwang3x


Ini hadiah daripada Abang Long. Sweet kan?


Biasalah kan... choc kan fav Aliyah...


TQ Abang Long...


Sempat gak si cilik tu interframe... hehehehe

29 May 2010

Siaran Tertunda April / Mei 2010 - Bahagian 3

Date : 24 April 2010
Venue : Awana Skyway, Genting Highlands

Actually this is a payback trip to the family after weeks of not going anywhere since mama is facing exams hehe so we just pack and go to Genting Highlands.

OMG Genting has changed a lot. Too many development and just imagine bringing the kids there is a total havoc. Thats why there were no photos of us inside Genting as both of us were busy clinging to the kids. They ran here and there and everywhere hehehehe








Even though it was a short trip, we really had a good time. Anak2 siap buat cadangan tarikh bila nak kembali lagi ke sini... alahai...

22 March 2010

Pagi Isnin @ Putrajaya

Pagi ini saya wajib ke Putrajaya bagi menyelesaikan satu urusan keluarga yang penting. Ini baru permulaan sahaja. Kemungkinan saya perlu lagi ke sini dalam bulan Mei 2010 nanti.


Bangunan yang gah...


Nampak tak nama tempatnya


Mahkamah Putrajaya - back entrance


Tak nampak macam lobi mahkamah pun kan????
Kalau saya kata gambar ni saya ambil kat Ankara, Turki percaya tak?? hehehee

Secara peribadinya saya rasakan Istana Kehakiman Putrajaya ini agak membazir pembinaannya. Bangunan cantik dengan dekorasi dan bahan2 binaan yang mewah jika dibandingkan dengan kadar penggunaannya, amatlah menyedihkan. Rasanya sekira perbelanjaan pembinaan tersebut disalurkan membina rumah PPT, sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang gembira dan mempunyai kediaman sendiri. Secara tak langsung, kadar gejala sosial dapat dikurangkan dan tak perlulah bapak polisi terpaksa menerima 'hadiah' bagi menambah wang saku mereka. Saya juga akan lebih gembira sekiranya wang tersebut dapat digunakan bagi memperkasakan sistem pengangkutan awam dan mengurangkan harga minyak lantas dapat mengurangkan harga barangan keperluan keluarga saya.

Buat masa nih, saya cuma mampu bermimpi sahajalah...

20 March 2010

Birthday Azim and Mt Kinabalu Challenge

Happy Birthday Abang Long!!!!

Mama love you...

Pejam celik pejam celik Abang Long dah 15 tahun... Nasib baik Mama dia masih glam you... hehehehe suker tak hadiah yang Mama bagi???

Abang Nawar menyertai geng pejabatnya ke Gunung Kinabalu semalam. Ini antara gambar2 yang sempat di'MMS'kan kepada saya. Malam ini baru dia akan bertolak ke punchak gunung dan akan menikmati pemandangan matahari terbit di kala sampai.






Aku teringin gak nak pi tapi kena kerja keras untuk membina stamina. Mudah2an tahun hadapan ada rezeki saya ke sana... SEMANGAT! SEMANGAT! SSSSEEEEEMMMAAAANNGGGAAAAAATTTTTTT!!!!!

20 January 2010

Happy Birthday Azhad 6th

Azhad is 6 today. Sorry no pic guys, as the birthday boy is running with fever and we only had family dinner with him monyok beside me :(

So we plan to celebrate his birthday with Athirah next month...

Azhad : Mama, tak de kek ke?
Mama : Mama nak bawak Azhad pilih sendiri kek tu, nanti kita pergi kedai beli kek ok?
Aliyah: Yah nak potong kek!!!!!!

kwang kwang kwang

Mama sayang Azhad sangat100x!!!!!!

13 January 2010

Mamadz and Izzah @ BH and Utusan

Berita Harian 12 Januari 2010

Kredit gambar Berita Harian Online

Petikan rencana :

Usaha satu keluarga

MENAMPILKAN kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah ketika mempersembahkan lagu Kau Aku membawa tuah kepada Aizat apabila dipilih Persembahan Terbaik. Namun kata Aizat, kemenangan itu bukanlah untuknya seorang, sebaliknya amat berterima kasih kepada seisi keluarganya iaitu adik-beradik serta sepupunya yang bertungkus-lumus memastikan persembahan itu berjaya.

Persiapan menghadapi AJL dilakukan selama dua minggu. Pemilihan kanak-kanak sekolah seramai lebih 30 orang itu dibuat oleh kakaknya sendiri Nur Ili Zuhari yang mengadakan uji bakat di sekolah St John dan Convent Bukit Nanas, manakala sepupunya Muhamad Samsudin, bertindak sebagai kareografer.

Bapa penyanyi itu Datuk Amdan Mat Din berkata, Insya-Allah mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan kemenangan Aizat serta kanak-kanak sekolah yang bersungguh-sungguh berlatih bagi memastikan persembahan itu berjaya.

Setakat ini dia masih belum memikirkan habuan untuk kanak-kanak berkenaan, tetapi akan mengundang mereka ke majlis kesyukuran yang akan diadakan nanti.


Utusan Malaysia 13 Januari 2010


Izzah kat tengah sekali sebelah 'Aizat' kecil


Pesanan buat adikku aka Mama Izzah : Ateh! Pi frame gambaq anak hang tu!!!!!

keh keh keh

12 January 2010

Mamadz n Izzah @ AJL 24

I usually don't write entertainment stuff tho my family members are really in show biz. So did I sometime back. Music and acting has been in our blood since our forefathers. Opssss... this is the other side of me that only a few knows.

This is my youngest brother, Mamadz whose life is in music and dancing. Proud of you, bro! :)

amboi bukan main bergaya adik aku nih... hehehe

Mamadz and Izzah on stage

Izzah and Aizat

Mamadz n Ili Zuhair Amdan, Aizat's sister with the winning trophy

Congrats Mamadz! Superb choreography!



All pictures are credit to Raja Petra - taken from his FB

01 January 2010

42 years ago...

Daripada bulan November hingga Mac merupakan rentetan sambutan hari lahir dalam keluarga saya. 1 Januari ini genap umur cik abang sayang saya nih dengan angka yang ditunjukkan kat kek tu hehehe

Carrot walnut cake by Aleen Omar. TQ Aleen!

Sempat pesan dengan saya, lain kali, usahlah ditayang angka tu... saya jawab, ianya satu peringatan sambil tersenyum manis... wa yang order cake tu, suker hati wa ler kwang3x


Seperti biasa, anak2 dan kek memang tak dapat dipisahkan...

anak sapa lah punya angkara nih????? :P :P :P

10 November 2009

Bila hujung tahun, macam2 perlu diselesaikan...

Aduh! macam2 perlu dilakukan sebelum 1 Januari 2010 menjelang tiba... kerja hakiki dan tugasan pelajar membuat saya tidak sempat bernafas seperti biasa. ...dan sebab itulah juga tonsil membengkak dan urat di badan sakit semuanya. Hati meronta2 untuk ke spa atau Thai massage, namun bilakah masa yang sesuai????

KPI kakitangan bawahan perlu dibuat, KPI keseluruhan kakitangan perlu dipantau, cadangan kenaikan gaji (ada ka???) dan cadangan perbelanjaan sumber manusia perlu dikertas kerjakan. Program latihan terakhir tahun 2009 perlu mendapat kelulusan dan perancangan cuti perlu diteruskan.

Soalan2 ilmiah Dr Ibrahim dan 2 assignment mencabar minda perlu dijawab dan dibukukan. Persediaan peperiksaan akhir tahun masih tak nampak bayangannya...

Kezutan ulangtahun perkahwinan Mama dan Papa kenalah ditangguh memandangkan pasangan sehati berdansa itu, akan memimpin sekumpulan bakal haji ke tanah suci bermula esok. Alahai...

Kakak ipar pula meminta kami pulang sempena Hari Raya Aidil Adha tapi hatiku berbelah bahagi... kesian adik2 beraya tanpa Papa dan Mama, hhhuuuwwwaaaaaaaaa...

... dan kejadian paranormal kembali melanda kami.

YA ALLAH!!!!!! TOLONGLAH AKU!!!!!

30 October 2009

Postponed birthday celebration

Ini adalah kejadian pada 17 Oktober yang lalu. Kami adik beradik berkumpul balik kampung Kg Baru ajer daaa sambutan hari raya dan birthday keluarga Haji Sam bapak wa laa, me and my 2 nieces birthdays tapi seperti biasa yang kecik2 tu la yang bikin havoc! hehe

sempat bagi duit raya lagi...

lawak apa tu?

posing...







meriah kan?? hehehe lepas nih nak buat kezutan untuk mama dan papa sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 39 pulak! Mudah2an jadik la kezutan tu... :)

13 October 2009

Tangan sapa yang debab tu??

My Nokia N73 was having a problem with its software so I sent to service at Nokia Service in One Utama. While browsing around looking for a nice and cute travelling bag for my new Lenovo netbook, I came across One U Deepavali kiosks. There was a henna kiosk and 3 Chienese ladies (1 Malaysia huh?) were having their henna decorations done not only at the hands but on the shoulder and the calf too... Amazing and really nice at the same time.
.
Apa lagi saya pun terus tergedik2 nak inai tangan yang selama ini memang dok impikan sangat cuma tak dak masa nak pi Jalan Masjid India tu...
.

Cantik kan? Seni sungguh hasil kerja wanita Benggali itu... Katanya dia melukis apa yang terlintas di fikirannya setiap kali dia melakar inai di tangan pelanggan. Itulah sebabnya lakaran inainya unik kepada setiap pelanggan.
.
Apa lagi Athirah pun tergedik sama la nak inai tangannya juga hehehehe
.
Esoknya Geng Makan meraikan hari lahir saya dan inilah hadiahnya... thanks so much you all... You all semua mmg sahabat dunia akhirat muah muah muah


Kalau tak babak terlampau mmg tak sah kan???

Thanks to JJ Bilik Hujung for the pics :)

18 September 2009

Ini siaran tertunda tau...

Pada hari kemerdekaan yang lalu, saya dengan murah hati membawa anak2 dan abah mereka sekali berbuka puasa di luar. Tempat istimewa...
.
Anak2 akan tetap jadik anak2. Walaupun, kat tempat eksklusif, mereka tetap buat macam rumah sendiri hehehe

Kami sampai memang sudah dekat waktu berbuka. Dalam kesibukan mengelola anak2 dan mengambil makanan saya terlupa nak ambil gambar hehehe Sedar2 dah separuh jalan makan2nya...

pinggan Abah dan Athirah

depa berdua tu kena makan nasik, melayu sungguh!!!!

Abang Long bab makan memang terrorist! Aliyah mee jadi kegemaran...

Azhad pula kalau dah nampak oren, alamat orang lain tak dapat rasa lah itu oren!


anak Abah :P

this is what I was having... yum yum yum


Aliyah sejuk makan ais krim

Abang Nawar malu gambarnya dirakam tapi saya ambil kesempatan semasa dia menyuap makanannya hehehe

macam 10 orang minum ayaq atas meja tu kan???


these were mine too!

the lamb was so yummy



and this is the place... and we will be going there again... good food, good ambiance...

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009