Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

14 November 2008

Berkhidmat Kerana Allah

.
Saya telah pergi ke Tabung Haji tengahari semalam. Menyimpan duit raya anak2 dan membuka akaun untuk Aliyah bagi membolehkan saya membuat simpanan melalui potongan gaji untuknya. Banyak kali saya berkunjung ke Tabung Haji Cawangan Maju Junction ini tetapi saya tak pernah perasan motto TH kerana saya sangkakan motto Pilihan Utamaku masih terpakai.
.
Namum motto ini memang menarik tertarik (kau memang da bomb!) perhatian saya. Kalau saya membuat bancian soalan "Kamu Berkhidmat Kerana Apa?", saya pasti pelbagai jawapannya dan sudah pasti tarikan wang tidak boleh sama sekali saya ketepikan.
.
Anda nampak apa yang tertulis di belakang tu???? BERKHIDMAT KERANA ALLAH

.
Bukanlah saya untuk mempertikaikan motto itu atau ingin memenuhi kemusykilan di ruang kepala pegawai kaunter berkenaan semasa saya mengambil gambar ini tetapi saya ingin mendalami kenyataan itu sendiri... Maka soalan itu asyik bermain di kotak fikiran dan sudah mencapai gaya 'screen saver' nampaknya hehehe Aku Berkhidmat Kerana Apa????

Ya Allah tetapkanlah imanku hanya padaMu...

Yang pasti soalan itu masih bermain2 dilubuk hati walaupun rezeki sedap ini di depan mata kemudiannya... hehehe




Aku ingin mencapai tahap itu Ya Allah... Tahap shangri-la jika dibandingkan dengan dunia ini. Tahap dimana hati sentiasa memuji namaMu dan mampu senyum dan mendoakan kebahagian kepada mereka yang dengki dan memusuhi. **Kena usaha lebey nih... kalu tengah drive, sure berbakul2 orang aku maki :P**

Hidupku dan matiku hanya padaMu, Ya Allah...
.

13 November 2008

Bila hati ini menangis...



Bila hati ini menangis, ada siapakah yang tahu?
Bila hati ini menangis, ada siapakah yang peduli?

Bukan wang yang dipinta, bukan hadiah yang dinanti
Daun hati ini senang sahaja dipuasi, senang saja dimenangi

Namun yang senang itu jua yang paling susah
Yang senang itu sungguh senang diambil mudah

Sekonyong-konyong tercalarlah hati
Tergurislah perasaan

Ingin sekali mendengar ucapan sayang ucapan rindu
Mungkin ucapan terima kasih

Sayang, itu tidak kesampaian kerana sungguh senang diambil mudah
dan hati ini menangis...

Bila hati ini menangis, ada siapakah yang peduli?
Bila hati ini menangis, ada siapakah yang tahu?


.

11 November 2008

Athirah Tamat Tadika








Athirah sudah menamatkan pembelajaran tadikanya... rasanya macam baru semalam dia masih bayi dan aku mendodoikan dia... tup tup tahun depan dia sudah memasuki sekolah kebangsaan. Alahai masa memang amat mencemburui kita...
.
Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tadika Cahaya Taqwa 2008 di adakan pada hari Ahad, 9 November 2008. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar2 dan dewan gamat dengan gelagat si kecil dan comel pastinya...
.
Gambar2 majlis boleh ditatap disini --> laman FP atau disini --> laman FB **opssss... laman FP kadang2 ada masalah teknikal. Please click Refresh ok? **
.
Yang pasti tahun depan giliran Azhad pula masuk tadika... macam mana la peel budak tu nanti??? :)
.

06 November 2008

Langkah Keselamatan Bagi Wanita Semasa Di Tempat Letak Kereta


Langkah Keselamatan Untuk Wanita / Safety Tip for Ladies

Dunia sekarang selalu menyebabkan wanita sengsara dan merana... Namun kini semuanya akan berubah... wanita sudah menjadi penjana utama ekonomi rumahtangga. Dengan demikian, wanita perlu menjaga diri sendiri sebagai langkah keselamatan kerana fikiran tradisional masyarakat kita masih tebal dimana wanita sering disasarkan sebagai mangsa...

Saya terima email langkah keselamatan ini lengkap dengan gambar dan penerangan. Saya suka! Saya suka! sebab cik abang saya telah mengajar saya tektik ini dan saya ingin kongsikan tektik ini dengan semua wanita yang membaca 'rumah' saya :)


Langkah 1 / Step 1


Pegang kunci kereta dengan membiarkan hujung kunci keluar dari genggaman.
Hold your car key with the hard key pointed out from your finger.


Langkah 2 / Step 2


Jika orang mengekori belakang anda, berlagak seperti tiada apa yang berlaku dan menuju ke kereta anda dengan masih memegang kunci seperti di Langkah 1.
When a suspecious person following you... just pretend you gonna take the car key out to drive out, hold the key like the picture shown in above.


Langkah 3 / Step 3


Bila orang yang tidak dikenali tersebut memulakan tindakan seperti meragut bag anda...
When the stranger start his action to snatch your bag...



Pusingkan lengan anda, cucuk kunci tersebut ke matanya (leher dan perut pun boleh juga tapi kena lebih kuat tusukannya) dan LARI!!!!!! Jika anda tidak mencederakannya, dia pasti mencederakan anda!
You just swing you arm with the key on his face..... then RUN!!!!! Don't be scared to hurt him hard, if he does not hurt, you will!

.

Saya tak tahu siapa yang bersusah payah menyediakan illustrasi ini (bayar model pun mahal tau...hehehe) namun saya ingin mengucapkan terima kasih dan mendoakan kesejahteraannya.
.
Let's show them the GALS POWER!!!!!!
.

03 November 2008

Oh Kek Marble

.
Semalam saya telah menunaikan janji kepada anak2 untuk membuat kek. Ala... sebijik kek marble yang sedap dimakan seisi keluarga... hehehe
.
Resepi ini adalah dari kawan sekolah saya... Rose. Thanks Rose. Memang menjadi resepi nih...
.
Resepi Kek Marble Rose (hehehe sebab tak bayar royalti)
  • 175gm tpg gandum
  • 175gm butter or marjerin
  • 150gm sugar (blend aje gula pasir tu)
  • 3 eggs
  • 1 tsp baking powder (yg tsp KFC putih tu)
  • 1 tbs susu tpg (may omit)
  • 2 tbs evaporated milk/water
  • 1 tbs susu pekat1 tsp ovallette (may omit)
  • 1 tsp esen vanilla coloring
1. sift tpg, susu tpg and baking powder twice
2. beat butter, sugar and esen till fluffy
3. add ovallette and susu pekat
4. in a separate bowl, whisk eggs till fluffy
5. combine together the eggs and butter+ sugar mixture
6. add flour little by little, add in evaporated milk in between
7. divide mixture into 2 or 3 colors. incorporate colors into portions using spoon
8. put in a cake tin the different colored cake mixtures, layer by layer
9. take a thin knife or a spoon (pakai hujung dia), swirl away 3-4 times pusing2 cam lingkaran ubat nyamuk.. lol
10. bake at 175C for 40-45 or till lidi satay comes out clean.
11. pray that the cake will come out nice.. *kehkehkeh*
12. cool cake abt 10-15 mins b4 inverting and taking out the cake frm the pan.


Beginilah saya membuatnya...


Anak2 memang suka masuk dapur...

Bila kek nak siap nih Mama???


Azhad nak timbang tepung dan gula...


Kakak masukkan tepung ya...


Kek dah masuk oven


Ta da... dah jadik!



Tengah dok hangat tu depa belasah makan... hehehehe

.

01 November 2008

Seronoknya!!!!

.
Dengan bangganya saya dah membelanjakan 2 voucher MJ bernilai RM100. Dapat la barang untuk Mama dan anak-anaknya.... Abah??? Abah kena beli sendiri la... hehehehehe



Brooches and the hairband is for me. Baju biru yang besar tu sudah tentu Azim punya. The two girls get pink and red blouse. Azhad??? Dia dapat baju Superman. Masa dia tengok baju tu. muka tak gumbira sebab nak baju Ben 10.... hhhmmmmm... anak... anak...
.

31 October 2008

Jom makan di Kg Ketam

.
Jazz highy recommended me to dine at Ketam Village Steamboat, Ikano Damansara sometime back. I only have the opportunity yesterday after walking one big round from Tesco to The Curve to Ikano and back to Tesco again :P
.
The diner serve personal sized steamboats including individual pot of sup. The soup of choice is either chicken soup or tom yam. They have quite alot of sets ranging from personal steamboat to cook yourself noodle sets to ala carte orders.
.
We ordered a set for 2 and later added a small portion of fish balls and mussels.







This is my portion. Nampak tak berasap!!!!!! hehehehe yum yum yum


Apa lagi????? Jom kita makan steamboat!!!!!!!! CK and Amoiglam, tempat nih sesuwei untuk kita MOD! hehehe CK sambal dia + bawang goreng... sodap....
.

28 October 2008

Cerita ceriti

.
Hujung minggu sudah merupakan aktiviti berjalan2 bagi kami seisi keluarga bagi memenuhi jemputan Hari Raya Aidil Fitri antara keluarga dan sahabat handai. Maaf sekiranya ada yang berkecil hati kerana saya tidak dapat memenuhi jemputan kalian. Insyallah di lain masa...
.
Ada gambar famili berhari raya di Danga Bay di sini --> Naik beca????
.
Bangkok Dangerous
.
A professional hit man, who picks someone of the street to do his errands, and after he is finished kills that person. His next assignment takes him to Bangkok, and as usual, he finds a street kid named Kong to help him. After Kong has a close call and learns who he is, asks him to train him and he does. He also meets a local girl who is deaf and spends time with her. However, has a hard keeping his other life from her, and it also appears, the person who hired him, breaks his rule of complete anonymity and tries to find him. Written by rcs0411@yahoo.com .
Directors : Pang Brothers
.
Saya bosan menunggu orang itu bekerja lalu saya beratur di kaunter tiket GSC dan pilih cerita apa yang hendak ditonton. Oleh kerana saya menyukai lakonan Nicholas Cage saya pilih filem ini tanpa membaca sebarang reviu mengenainya. Selepas membeli popcorn, poster cerita Max Payne lakonan Mark Wallberg ku lambai mesra. Kalaulah ku tahu ceritanya sebegini, pasti Mark Wallberg yang ku pilih... hhhmmmm orang Melayu memang suka berkalau kan????

Firstly, Cage acting was dull in this film... I mean dull inside and out... usually his action is cheesy ie National Treasure, Con Air, The Rock but this? plus the recycle plot, slow and disordered direction you get Movie 101 standard.
.
Usually I am glued to the seat watching any action flick movies but... in the middle of the movie, I went to the ladies doing nature and ladies stuff, draging my feet back to the theatre and missed 15 minutes of the movie without regret.
.
I feel sorry for Cage, I am... A good actor in this C rated movie. What a waste...
.


Susuk

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain... Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. www.filemkita.com


Sebelum anda menonton cerita ini, pastikan anda faham bahawa cerita ini adalah cerita mistik yang bermisteri. Jadi kalau rasa pening dan tak faham jalan ceritanya, tidak mengapa sebab ianya mistik dan misteri.... hihihihihihihi

Saya agak lambat memahami jalan cerita ini... mungkin kerana saya terlalu banyak makan jamuan Hari Raya pada siangnya... mungkin saya telah meletakkan standard yang tinggi untuk cerita ini... entah lah... tapi saya menyukai elemen mistik dan misteri itu... sesuwei!
.
Saya suka Pengarah filem ini, Amir Muhammad dan Naiem Ghalili, menggunakan teknik penceritaan non-linear. Tricky but nice... anda perlu duduk dan dengar agar jalan cerita dapat meresap ke dalam tubuh anda.
.
Saya suka lakonan Ida Nerina.... tak payah cerita panjang saya rasa anda tahu kan??? Mimik muka dan lenggok tubuh badannya bercakap sama sendiri. Diana Rafar juga nampak peningkatan yang ketara dalam mutu lakonannya. Kemunculan Sofea Jane memang sesuai dengan dirinya. Dia masih lagi memikat dan sensual.
.
Cuma... siapa Dewangga dalam cerita ini???? Apa kaitannya dengan Effendi???? Mestikah rumah bomoh digambarkan sebagai buruk dan menakutkan???? Ada ka orang pakai susuk macam gituh sekali??? Bila tengok Hairi Othman, macam tengok Waris pulak... ahaks...
.
Pi la tengok citer nih... untuk peminat cerita misteri dan mistik, pasti suka punya... bila lagi nak tengok body Aleeza Kasim wo...

Ini cerita lama sikit tapi saja nak cerita di sini...

I worked hard as a dedicated employee and a mother and a wife and the eldest daughter... (panjang pulak senarainya) so I decided to reward myself ... with these... hehehehehe

The little pearls and cut crystals trapped in woven frame using various gauges of wire. This soft color beauties is meant for those who like to wear a bold ring yet very simple, like ME!


The pearl bracelet was a gift from AmoiGlam during her trip to Mout Kinabalu... jangan jeles :P

Let me introduce to my new weekend bag... Braun Buffel Evry Hobo Bag... I really10x like the color and the design... unique and yet classy... like ME again!


Hey, that metal thingy on the side is really heavy tau...


And... a new black and white wedges to ease my non stop walking feet. It really light and comfy and stylish too...





Baru puas hati ku!!!! Apa lagi nak beli???? Perfume!!!! Any suggestions???? Voucher MJ pun belum guna lagi.
.
AmoiGlam, I know what you are gonna say... me and my metal thingy kan???? Apa nak buat.. tu yang suka... Bedal saja lah!
.

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009