Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

27 March 2008

Ini kah kesudahannya?

PRU12 yang lalu menyaksikan semangat rakyat yang mahukan perubahan dan juga... negeri2 mengambil masa yang la membentuk kerajaan negeri masing2. Yang terhangat di pasaran ialah Terengganu...

Betulkah cerita ini?


Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

Posted by Erin
Wednesday, 26 March 2008
(SiasahDaily) KUALA TERENGGANU: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.
Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.
Sumber : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/5019/32/

dan yang ini...

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/80404

Harapan Idris makin malap?

Mar 26, 08 2:06pm
kemaskini 11:48pm Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya. Dihubungi Malaysiakini, setiausaha perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun tidak menjelaskan butiran perbincangan itu.Idris dilaporkan ditemani beberapa orang wakil rakyat BN negeri itu.Difahamkan, beliau tidak merancang mengadakan sidang akhbar hari ini.


Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan tidak lama selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung krisis pelantikan menteri besar Terengganu pagi ini. Dua pertemuan besar ini dipercayai dapat meredakan krisis yang berlarutan di negeri itu sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.Satu sumber dekat dengan pemimpin Umno memberitahu Malaysiakini hari ini, pertemuan antara Abdullah dengan Tuanku menunjukkan "tanda-tanda positif" ke arah penyelesaian. Bentuk penyelesaian itu, tambah sumber, bagaimanapun belum jelas. Difahamkan, kemungkinan penyelesaian itu termasuklah menamakan calon ketiga daripada kumpulan penyokong Idris.


Menurut satu laporan, Rosol berkata semua wakil rakyat BN yang berada di Kuala Lumpur kecuali Idris kembali ke Terengganu hari ini.Semua 22 Adun itu akan tetap setia pada Idris tetapi menyerahkan perkara tersebut kepada keputusan Abdullah, lapor laman web New Straits Times malam ini.Rosol menggesan Abdullah agar "terus tegas" melantik Idris. "Kami hanya mengambil arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," beliau dipetik sebagai berkata.Beliau juga enggan mengulas hasil pertemuan Idris dengan Abdullah.Beberapa media dalam talian dan blog tengah hari ini mula meramalkan Ahmad akan kekal sebagai menteri besar.


Blog popular Rocky Bru menyebut, Tuanku Mizan membangkitkan isu penggunaan wang ehsan di negeri itu kepada Perdana Menteri. Wang ehsan diperkenalkan sewaktu negeri itu ditadbir oleh PAS antara 1999 hingga 2004 selepas wang royalti minyak Petronas ditarik balik dan diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.Abdullah juga dititahkan mengadakan pertemuan dengan Ahmad, lapor penulisnya Ahiruddin Attan.Sementara laman berita Malaysian Insider melaporkan, pertemuan itu berjalan dengan "mesra". Abdullah mencadangkan wakil rakyat Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, sebagai calon ketiga bagi mengatasi perebutan antara Idris dan Ahmad. Tuanku Mizan, laporan itu dipetik, bagaimanapun bertegas menyokong Ahmad.Selain penggunaan wang ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan Idris berhubung beberapa isu dan dasar lain, antaranya insiden rusuhan di Batu Buruk pada September tahun lalu.Semalam Idris menyatakan kesediaannya menghadap Sultan Terengganu - baginda juga Yang di-Pertuan Agong - bagi memohon keampunan Tuanku Mizan.
Di Kuala Terengganu pula, tersebar berita bahawa Abdullah telah bersetuju menerima pelantikan Datuk Ahmad Said selepas perjumpaan mereka petang semalam. Bagaimanapun perkara belum dapat disahkan, setakat ini.Pertemuan Ahmad dengan Abdullah semalam berlangsung selama satu jam bermula 5.30 petang di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya


Perak juga masih ada kemelut nampaknya...


Perak: Letak jawatan besar-besaran
Mar 26, 08 8:53am
Seramai 876 ketua kampung di seluruh Perak bersedia melepaskan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR. Manakala 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menurut langkah yang sama, lapor laman web Utusan Malaysia hari ini, memetik kenyataan presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil. Sementara kerajaan negeri, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung.
Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih semua ketua kampung.Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh semalam.
Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan."Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri."Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh PKKNP.



Selesaikanlah dengan damai dan bijaksana... ambil cerita bergambar di bawah sebagai ikhtibar...





Senyum walaupun hati kita menangis...

6.13pm


4 comments:

Anonymous said...

Sedih dengan nasib bangsa kita. Kerana jawatan, bangsa kita beradu domba sesama sendiri. Rakyat biasa tercengang2, bangsa lain bertepuk tangan tanda kemenangan.Tak sedar lagikah bangsa kita?

Bersatulah dan bekerjalah dengan ikhlas dan bertanggungjawab walau apa pun jawatan yang dipegang, waima tukang sapu sekalipun.

Semoga Allah memberkati kita. Ameen.

~cik ketumbar~

Anakmami said...

tu la pasal cik ketumbar oi...

buang yang keruh, ambil yang jernih. bersatu memartabatkan Islam!

Anonymous said...

gambag kak pidah yg nombor 1 OK lagi...gambag kedua yg tak tahan tu...adoiiiiiii!!!!

Anakmami said...

hehehe

tu lum tengok gambar Samy Vellu buat jalan sendirik :P

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009