Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

02 December 2008

Mama! Cantiknya langit... Moon, Mars and Venus

.
Semalam semasa saya mengambil anak2 daripada taska, saya terperasan satu senyuman di langit.


(Gambar diambil daripada MLanz)

Masyallah... cantik... Pada anggapan saya, alaa mungkin bulan dekat dengan satelit. Athirah dan Azhad pun kagum melihatnya... Mama! Cantiknya langit!

Pagi ini apabila saya menerima emel daripada Cik Ketumbar, barulah saya tahu bahawa ini bukanlah fenomena biasa. Petikan daripada Sydney Observatory mengatakan ini terjadi jika kedudukan bulan, marikh dan venus dalam kedudukan tigasegi yang membentuk wajah tersenyum ; smiley. Ini bermakna dua titik yang berkelipan itu ialah planet ; Mars dan Venus dan bukannya bintang atau satelit seperti yang saya sangkakan.





Syukur saya dan anak2 berpeluang melihatnya kali ini. Di Malaysia, Australia dan Filipina, kita melihatnya tersenyum tapi di USA mereka melihat muka sedih. Semoga Allah lebih mengasihi kita :)
.
Kejadian seumpama ini dijangka berlaku lagi dalam tahun 2036. Masih adakah hayat untuk melihatnya???? Saya bercadang hendak mengambil gambar bulan malam ini... mudah2an menjadi... :P
.
Post comment - Saya gagal mengambil gambar langit senyum malam kelmarin sebab awam tebal meliputi langit. Semalam pula langit sudah tidak senyum lagi :(
.
.

No comments:

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009