Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

31 August 2009

Merdeka kah kita???


Geng,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
yang ke 52
.
Saya masih belum merdeka kerana masih berhutang dengan Bank Rakyat, AmBank dan Citibank bila nak habis hutang oi!!!!! kwang kwang kwang :P

27 August 2009

Kiraan Masa Pun Satu Dugaan Untuk Kita

Maaf saya buat entri blog pendek2 sebab bulan posa nih dah tak dok makan sama2 Geng Makan so update cerita ceriti pun korang daaa...
.
Jadi entri pendek2 nih dapat juga kita ambil tahu hal kengkawan kan???
.
Sekarang nih asyik hujan petang kan??? Bukan mengeluh atau komplen, cuma kalu hujan petang maknanya lambat ler sampai rumah untuk berbuka... itu pun dugaan juga... tambah2 lagi bila anak2 kecil tu pun dok tanya kenapa lambat sampai... hehehe silap2 macam 2 hari sudah saya berbuka dalam kereta dengan air mineral saja.
.
Bagi saya yang penting ialah bagaimana kita menghadapi dugaan dan menanganinya dengan harmoni. Dalam hal ini, jadual saya flexibel. Kalu sempat beli lauk dan makan di rumah, kalau tak, makan kuih sikit, mandi dan solat kemudian baru pi makan kat kedai. Pilihan sentiasa ada disekeliling kita, macam mana kita menggunakan pilihan itu yang membawa perbezaan... but then again... being difference is also good what???? hehehe

26 August 2009

5 Ramadhan 1430H

~ Azim dah balik JB pagi nih... tugasan dia ialah mengimarahkan masjid dan surau bersama Atuk Abah dan sepupu sepapatnya... :)

~ Athirah pulak demam n tak posa hari nih... dia sedey sebab tak puasa penuh... ciyan dia...

25 August 2009

Alhamdulillah tak der apa2...

Mak dah keluar sepital... alhamdulillah tak dak apa2 cuma doc kata penat and her heart cant take it as it usually do... Mak banyak rehat ya... Love you...
.
Abang Nawar dan Aliyah pun semakin ok wpun Abang Nawar ketegag aka degil nak pi buat lawatan ke doc specialist...
.
Aku as usual kelam kabut!!!! :)
.
CK, thanks for you concern... really apreciate it...

24 August 2009

Besday siapa hari ini???

1. Mak masuk sepital - sesak nafas
2. Aliyah demam lagi
3. Abang Nawar chest pain sebab terjatuh semalam while DIY porch rumah, jatuh tertiarap atas almari kasut

dugaan... dugaan...

23 August 2009

Ramadhan Sale!!!!!

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur saya setahun lagi dan mengupayakan saya memberahi kepada Ramadhan tahun ini.
.
Terima kasih kepada saudara dan sahabat handai yang telah menghantar ucapan selamat kepada saya dan keluarga sempena Ramadhan ini. Ada yang sempat saya balas dan kepada yang tak sempat tu maaf lah...
.
Namun, email daripada seorang yang saya tidak kenali telah menyentuh akal saya tatkala membacanya... dalam tertawa sebenarnya email itu telah memukul saya ibarat FRU membelantan reformis semasa tahun 1998 dahulu (macam ada experience ajer???? hehehe).

Sama2 kita hayatinya...


Selamat beribadah sahabat2 semua... Semoga ibadah kita kali ini Allah terima dengan terbuka... aminnnnnnn....

19 August 2009

Hidup Adalah Kembara

Puas saya memerah otak sambil mengetuk jemari di keyboard seharian semalam. Saya ingin berkongsi sesuatu tapi semua serba tak kena. Kuasa Allah sememangnya sukar diramal kan? Langsung saya diketemukan dengan sepucuk email catatan bekas Mufti Perlis yang saya rasa sungguh syahdu sekali penulisannya.

Saya semenangnya mengharapkan sahabat yang berkawan dengan saya kerana saya seadanya dan bukannya kerana siapa saya kenal atau apa jawatan saya dan saya dapat rasakan kembara saya masih jauh lagi perjalanannya. Ya Dr Asri, saya turut berdoa semoga Allah selamatkan kita sekeluarga daripada kembara kehidupan yang sedang membelasah kita…

Kembara Merentasi Benua Kehidupan
Disiarkan pada Aug 16, 2009

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya tidak suka menulis tentang diri sendiri di ruangan ini. Namun izinkan saya mencoret kali ini seperti mana saya pernah coretkan hari terakhir saya menjadi Mufti Perlis. Tulisan ini adalah tulisan terakhir saya selama berada beberapa bulan di United Kingdom.
.
Ketika ini, bilik asrama kecil lagi usang yang hampir berusia 200 tahun, yang saya tinggal dalamnya beberapa bulan sebagai ‘orang bujang’, berselerakan dengan barang-barang yang sedang dikemas. Bilik ini terletak dalam bangunan yang dinamakan Old Building, University Of Wales, Lampeter.
.
Kenapa saya sampai ke sini? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Dahulu, saya memang sering berdoa untuk dapat buat sabatikal di UK. Hanya kerana saya sudah pernah tinggal di Negara Arab, harapnya ada sedikit pengalaman baru di negara Barat. Saya tidak pula terbayang di mana universiti saya akan pergi. Sehinggalah saya ‘tercampak’ ke cerok Lampeter yang tenang dan nyaman ini.
.
Memang, tidak pernah satu hari saya terbayang akan sampai ke daerah yang seperti ini. Namun, saya syukur dan akur atas segala kurnia, kerna hikmah kehidupan menjelma dalam pelbagai rupa dan ruang.


The Old Building (St David's Building) at the University of Wales, Lampeter
.
InsyaAllah, pada hari ini (Ahad), hari artikel ini diterbitkan adalah hari saya sampai ke Malaysia. Saya membaca semula tulisan lepas saya yang bertajuk Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis. Artikel itupun diterbitkan pada Ahad, hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Terus selepas itu, saya ke UK.
.
Ahad yang bermaksud satu adalah hari pertama dalam bilangan hari. Ia sering menjadi hari terakhir saya dalam tugasan. Baik juga, kerana sering memberi saya peluang membuat kesimpulan di ruangan ini. Apapun, Allah mengingatkan kita: (maksudnya) ...
“..dan demikian itulah hari-hari Kami jadikan ia bersilih ganti antara sesama manusia” (Surah Ali ‘Imran: ayat 40).
.
Ya! Hari berganti, manusia berubah kedudukan, keadaan dan berbagai lagi. Allah mengubah iklim dan warna kehidupan kita dengan berbagai cara. Kesemua itu menerusi hari-hari dalam perjalanan apa yang dinamakan al-hayat al-dunya atau kehidupan dunia. Maka kita pun sedar, kita adalah kembara yang merentasi benua kehidupan untuk sampai ke satu perhentian yang bernama ‘kematian’. Di sanalah akan bermula alam baru dan cerita baru.
.
Namun cerita baru itu berkait sepenuhnya dengan diari kembara kita merentasi benua kehidupan ini. Bak kata Nabi s.a.w:
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Bicara Untuk Semua
Ramai yang bertanya, “selepas ini nak bertugas di mana?”. Saya kata: “di mana sajalah”. Semua orang tahu, sebelum saya menjadi Mufti Perlis, saya pensyarah USM dan saya datang sabatikal pun di bawah USM. Saya hanya jadi Mufti dalam masa dua tahun sebulan. Sebelum itu saya telah hidup tanpa sebarang jawatan yang ‘gah’.
.
Saya orang kampung, dari keluarga yang teramat sederhana. Sekian lama hidup sebagai rakyat ‘marhaen’ maka persoalan jawatan amat kecil untuk difikirkan. Apa yang utama bagi saya, bagaimana agar pendapat dan pandangan boleh disampaikan. Saya pohon perlindungan dengan Allah dari pena dan lidah saya tidak dirampas orang.
.

Jika pena saya ‘dipatahkan’ atau lidah ‘dipotong’ sehingga saya tidak dapat menulis dan berbicara, saya berharap saya masih mempunyai kekuatan untuk menggerakkan kepala bagi menyatakan tanda setuju atau bantah. Namun, jika dirampas semua, apa lagi yang tinggal bagi sebuah kehidupan ini, melainkan jantung hati yang redha pada yang baik, dan engkar pada yang buruk?!
.
Dua bulan lepas, saya pulang seketika. Itulah kali pertama saya berada di Malaysia selepas melepaskan jawatan Mufti kerana hari pertama saya meninggalkan jawatan tersebut saya terus terbang ke UK. Saya bersyukur, dalam masa beberapa hari itu, kedua-dua bekas Perdana Menteri kita masih sudi menjemput saya bersembang di pejabat mereka masing-masing.
.
Demikian juga YAB Timbalan Perdana Menteri. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pun mengajak saya ke kediaman rasminya. Sahabat saya, Ketua Pemuda PAS dan timbalannya juga datang berbual panjang dengan saya. Banyak perkara dan isu dapat kami bertukar-tukar pandangan. Juga YB Penasihat PKR, ada bercakap dengan saya melalui telefon memberitahu beliau akan pulang ke Pulau Pinang dan mengajak saya bersembang jika ada ruang.
.
Namun, nampaknya masa ketika itu tidak mengizinkan. Apapun, saya bersyukur, saya masih dapat berbicara dengan semua sahabat dan insan-insan ‘utama’ ini. Juga syukur mereka tidak melihat apa jawatan saya, tetapi melihat saya sebagai seorang rakyat dan ‘sahabat’. Saya harap saya dapat kekal atas landasan ini, berbicara untuk semua tanpa kepentingan diri atau parti. Saya akan menyokong apa yang saya yakin baik, dan mengkritik apa yang saya rasa tidak benar atau tidak wajar. Jiwa kita akan merasa lapang dan bahagia apabila kita bebas dari ketaksuban atau fanatik.

Tawakkal
Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!
.
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.
.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan.

Bekalan
Saya datang ke UK untuk sabatikal seperti mana kebanyakan pensyarah universiti lakukan. Saya tinggalkan jawatan mufti. Saya cuba memahami apa yang barangkali saya belum lalui sebelum ini. Bak kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
.
Setiap kali kita mengembara, kita melihat sesuatu yang baru yang jika pun tidak mengubah hidup, ia pasti memberi kesan. Bahkan dalam sejarah al-Imam al-Syafi’i, beliau mengubah banyak fatwanya semasa di Iraq, apabila melihat situasi dan perkara baru di Mesir. Sehingga pandangan beliau dibahagikan kepada qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru).
.
Beberapa tokoh revivalist Mesir berubah ketika melawat Negara Barat dan begitulah berbagai sejarah manusia berubah disebabkan kembara. Seorang muslim pastinya tidak berubah prinsip Islamnya, tetapi mungkin akan berkembang beberapa tafsiran dan ruang wacananya. Apa yang lebih penting, saya sudah merentasi satu tempoh waktu yang direncanakan, saya harap saya memperolehi sesuatu.
.
Hidup adalah kembara. Semua kita pasti kita akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. Cumanya, dalam kembara di benua yang luas ini, setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang mungkin tidak sama. Namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan Yang Maha Adil.
.
Perjalanan pasti akan berakhir. Cuma yang kita sedang runsingkan, bagaimana ia berakhir. Berbagai tempoh dan detik kita akan tempuhi, namun tiada yang lebih indah daripada perasaan bergantung harap kepada Allah. Benua kehidupan terlalu luas dan menakutkan. Banyak kejahatan, juga berbagai kebaikan. Moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup.

14 August 2009

Siaran Tertunda :P

Rupanya inilah tulisan saya yang pertama bagi bulan Ogos 2009. Wow!!! Lamanya tak kemaskini rumah saya ini ya... hehehehe
.
Ada beberapa perkara yang berlaku dan yang perlu saya lakukan buat masa ini menyebabkan tulisan2 saya kerap saya simpan sebagai draf sahaja... hhhmmmmm.... nak buat macam mana???? Perkara yang penting perlu diselesaikan dulu... Perkara tu saya akan ceritakan kemudian....
.
Ringan2kan kepala otak dengan ulasan yang tak seberapa ini... :P



Australia

I was really surprised when Abang Nawar pickup the DVD. "You nak tengok citer nih??? You cant even stand an hour of other movie except 007 movies and what makes you think you wanna watch this????" and... women is always right, please dont kill youselves men because you need us in everything, yup I mean everything, of your life ok???? (akak juga ler yang kena cerita balik citer nih kat dia :P :P :P)
.
I have no idea what to write of Australia. It can't possibly be a serious movie, right? It certainly starts as a camp comedy then lurch into a clichéd action romance adventure before descending into World War 2 melodrama and finishing with an uncomfortable attempt at serious social commentary.

In short, the movie is worth the watch for the beautiful background and scenery. Nicole and Hugh was a beautiful couple together, they did the best they could for such lengthy story. I’m glad that I watched this at home as I don't think I can sit through a 3 hour movie (or shall I say 3 hour of Aussie tourism advertisement) like this in the cinema.


Maut

Saya memang menggemari filem2 arahan Bade Hj Azmi dan secara trademark Bade, filem ini mempunyai ciri2 yang saya gemari iaitu shot dan suntingan yang bagus dan mengagumkan. Di sebalik jalan cerita Maut yang sarat berisi pesanan keinsafan, olahannya sedikit longgar dan meleret tambahan pula mutu lakonan yang sederhana.

Sungguhpun begitu. Maut berani mengenegahkan isu agama dalam kehidupan sosial masa kini. Ia memberikan tamparan yang cukup hebat buat masyarakat yang mengaku dirinya Islam tapi moden. Tapi depa yang buat jahat tu tengok ka citer nih????


Syurga Cinta

Alahai.... saya tengok citer nih sebab ingin tau sangat kenapa adik My Life nak sangat menonton citer nih...
Aaaahhhh sedikit kelainan daripada Metrowealth selepas ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Congkak’ dan ‘Jangan Tegur’. Tapi tau2 ajer la citer cintan melayu…

Awal Ashaari dapat membawakan watak lelaki Islam yang urban (rasanya dia tak dak masalah dengan watak nih…) Saya sendiri terperanjat mendapati saya tertarik dengan lakonan Heliza. Walaupun ini kali pertama dia beraksi di layar perak, lakonannya tidak mengecewakan. Namun, banyak yang perlu dipelajari oleh Heliza untuk mempertingkatkan mutu lakonannya. Untuk filem ini, Heliza nampak terlampau berhati-hati hingga ada babak yang tidak cukup ‘paru2nya’ terutama untuk babak romantik. Kalau saya digandingkan dengan Awal, sudah pasti berbeza… hahahahahaaaaaaaaaaa

Seperti Heliza, Hadziq juga kali pertama berlakon filem. Jangan dipandang rendah budak kecik nih… Hadziq berjaya memeriahkan ‘majlis’dan menyuntik mood komedi untuk filem ini.


Harry Potter and The Half Bllod Prince

Personally, this movie has the worst ending of any HP series and wandered the furthest from the book.

Half Blood Prince is the first HP movie which I read the book prior watching the movie. I have lowered down my expectation (comparing the movie to the book) before watching it at the cinema and ready to let my emotions burst in order to experience the storyline. In fact, I am ready to weep at the scene when Dumbledore got killed but… I was in vain… (I was so touching at that chapter while reading the book and I hunted the same feeling with the film but I guess I demand to hard…)

If you love the series like I do, you will know that in every movie they have to cut parts of the book out and most of the time the production managed it without compromising the integrity of the book. This time they fall very short of the mark. For those that have not read the book, this movie will impress. The effects are top notch and it is a very engrossing movie. I understand the need to cut the movie in order to fit it into a realistic time frame.

The production also cut out a large action scene at the end of the movie. This scene could have been added if not for the adding of a scene that was not part of the original book i.e. The Burrows on fire. Furthermore, the scene makes no sense because during which they destroy something that is key to the book in the seventh volume. Not only do they cut scenes, they also changed important facts. What is the purpose you might ask? The unfortunate answer is I don't know.

Do not misunderstand me. I recommend seeing the movie as it is enjoyable but trying to change a masterpiece like J.K. Rowling's book is so saddening and I think this movie suffered from it.

As another fiction movie, Half Blood Prince has good movie shots, average action performance from the teens but excellent acting from Alan Rickman aka Prof Snape, beautiful scenery and bursting of teen romance.

I still fancy Prisoner of Azkaban and missing Gary Oldman aka Sirius Black…


Ice Age: Dawn of the Dinosaurs

I was really impressed. A problem that many sequels run into is that they rely too heavily on the name of the franchise and hope it will blind the audience into liking a mediocre film. This movie didn't have that. It truly stayed true to the characters and themes in the Ice Age franchise.

The animation was beautiful. The scenery and colors were great and the characters were well done as well.

The film moves at a fast pace, has many laughs along the way and great adventures. It stands well on its own, so newcomers will be able to enjoy it easily, all while keeping the same spirit of the first two movies. If you liked the first, you'll love the second! If you loved the second, you'll go crazy for the third!
.

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009