Sememangnya saya sudah menjangkakan Piala Dunia 2010 akan dimenangi oleh pasukan Eropah dan seterusnya memecah persaingan dengan pasukan Amerika Selatan. Kedua2 benua telah memenangi Piala Dunia 10 kali. Saya menonton perlawanan bola sepak itu bukan kerana sokongan perlawanannya sahaja tetapi saya ambil kesempatan mengkaji yang tersirat dalam perlawanan tersebut.
Tektik yang digunakan, emosi dan tenaga yang dilemparkan para pemain termasuk jurulatih mereka, riaksi penonton dan penyokong dan suasana stadium itu sendiri. Saya mengkaji perangai manusia bila berhadapan kekecewaan, cabaran dan kemenangan. Dengan rumusan dan gerak hati, saya akan membuat jangkaan. Sekiranya sama, ianya merupakan satu kebetulan yang menarik. Syukur Allah memberikan saya buah fikiran yang membolehkan saya berkongsi dengan sahabat2 yang lain.
Hehe tapi saya tidur masa perlawanan pagi tadi antara Sepanyol dan Jerman. Cuma saya terjaga jam 4 pagi untuk mengetahui keputusan. Analisa akan saya buat semasa ulangan petang ini keh keh keh
Team pilihan Mama menang terbaik kan?
Saya kira ranking Spain sudah semestinya naik satu anak tangga,
mengalahkan juara ranking Brazil :))