Sebenarnya saya memang tidak ambil tahu sangat pasal sotong kurita yang pandai meramal nih... Bagi saya "apa kejadah nak meletakkan nasib kita kat seekor sotong???" tapi sesungguhnya memang ramai yang fanatik tentang sotong ini.
Semasa ke pejabat tadi, saya mendengar radio panas malaysia dan mereka membicarakan tentang sotong kurita ini yang bernama Paul. Ramalan memang secara kebetulan tepat belaka menurut mereka2 tu ler... Sebelum ini Abang Long pun ada bercerita tentang Paul dan saya katakan padanya binatang tertarik dengan warna2 terang, sebab tu la mungkin negara yang mempunyai bendera terang dipilihnya dan secara kebetulan menang pula... :P
Bila dimaklumkan bahawa Paul meramalkan Orangje akan menang Piala Dunia 2010, chinta hati saya terus berkata "Holland menang??? Aaaahhhhh..." lantas saya terus berkata bahawa Paul suka warna jingga korang tau tak kaler jingga tu apa??? sudah tentu Orangje pilihannya. Kenapa dipercayai sotong kurita tu???? Geram akak...
Tapi bila DJ itu menceritakan bahawa Paul mendapat ancaman bunuh, saya nak tergolek2 gelak badan pun mmg dah bulat. Jahil sungguh manusia nih ek? Tapi saya suka makan sushi octupus yum yum yum
No comments:
Post a Comment