25 October 2010
Sweet September Part 3 - Raya @ Office
24 October 2010
Sweet September Part 2
23 October 2010
Sweet September Part 1
20 October 2010
2 Novel Untuk Aku!
Tarikh hari nih memang cun…
Tapi saya bukan hendak bercerita tentang tarikh. Sengaja buat gimik pembukaan hehehehe
Ini cerita minggu lepas. Saya menerima 2 hadiah novel dan bagi peminat buku macam saya ianya sememangnya amat mengujakan (wpun pada masa ini saya ada banyak lagi buku yang belum dihabiskan hehehehe)
...tapi sebelum kita cerita pasal buku ini, jom kita mengimbau kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas.
(Bayangkan gambaran ini bersama kepulan asap, sedikit kelabu dan warna hitam putih)
Kekosongan jawatan di bahagian akaun menyebabkan kami mengadakan satu sesi temuduga pada penghujung bulan Jun 2010 yang lalu. Hanya 4 orang calon yang ditemuduga dan salah seorangnya ialah penulis novel yang saya terima sebagai hadiah, Faizal Dzasrik.
Bagi setiap sesi temuduga saya acapkali bertanyakan soalan2 yang sengaja menjurus kepada keluarga, minat dan personaliti calon dan suasana yang santai kerana saya percaya soalan2 menakutkan calon eloklah ditanya oleh pegawai atasan calon berkenaan, lantas kami akan dapat maklumat dan tindakbalas calon dengan lebih tepat sekiranya berbuat demikian.
Sesi temuduga bersama Dzasrik memang ceria kalah Astro Ceria Untuk Kita Ajer… namun saya dapat rasakan beliau memang jujur dan inginkan jawatan ini. Berada di jawatan saya, kita akan dapati segulung ijazah bukanlah satu tiket (konsert Adam Lambert) untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan ataupun yang seiring dengan bidang pengajian. Aaaahhhhh realiti kehidupan memang pahit.
Secara peribadi saya rasakan kami memilih Dzasrik berdasarkan karekter dan personaliti beliau yang lebih menyerlah berbanding pengalaman kerjanya.
Novel
Jadi, saya memang amat menyarankan novel ini sebagai bahan santai anak2 atau adik2 kita (kita pun ok gak… UB40
Terjahlah blog dan mukabuku Dzasrik untuk lebih maklumat. Saya tak dapat komisyen untuk iklan ini tau… :P ulasan buku nih kenalah tunggu yea… :)
17 October 2010
Suatu hari di Hari Raya
04 October 2010
Politikus yang kotor...
- ~ Bosan, muak dan meluat dengan perangai dan perilaku ahli politik baik team A mahupun team B.
- ~ Tak ada seorangpun pemimpin yang berjuang untuk mengurangkan harga barangan keperluan ; makanan terutamanya.
- ~ Nak termuntah tahap gaban bila isteri dia lebih tunjuk power daripada YB tu sendiri :P
Walaupun begitu disebabkan ketamakan profesional yg dilahirkan oleh UMNO yang telah menggunakan platform UMNO telah merosakkakan Agama , Bangsa Dan Negara melaui amalan rasuah, maksiat dan pelbagai amalan buruk. Legasi kepimpinan terdahulu telah diabaikan.
Memetik tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee dlm Mingguan Malaysia hari ini; kalahnya pimimpin UMNO kini disebabkan kekurangan empat prinsip :-
2.Tidak memiliki Ilmu memahami keutamaan.
3. Tidak bebas atau dilihat daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil.
4. Tidak Mempunyai jiwa agama dan gagal menjaga amanah bangsa.
(Baca butiran dlm rencana tersebut).
Berkata benar walaupun pahit . Jika UMNO mahu meneruskan legasinya pada PRU 13 dan mas depan: pemoimpin dan ahli UMNO tidak ada pilihan melainkan mesti dpt dilihat bersih, cekap, amanah dan dpt dilihat melaksanakan ciri ciri. Kepimpinan Islam.
- + Letakkan Allah tempat pertama
- + Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model kita dan keluarga terutama anak2
- + Buat dan sangka baik setiap masa ; mak saya pesan bila berbicara, cerita yang baik2 sahaja hatta ianya berkenaan musuh kita sekalipun (ampun mak, saya masih gagal dalam bab nih...)
- + Tingkatkan ilmu dan kaitkan ilmu itu dengan Islam keseluruhannya
- + Sekurang2nya ingat tentang kematian sekali dalam sehari