Tarikh hari nih memang cun…
Tapi saya bukan hendak bercerita tentang tarikh. Sengaja buat gimik pembukaan hehehehe
Ini cerita minggu lepas. Saya menerima 2 hadiah novel dan bagi peminat buku macam saya ianya sememangnya amat mengujakan (wpun pada masa ini saya ada banyak lagi buku yang belum dihabiskan hehehehe)
...tapi sebelum kita cerita pasal buku ini, jom kita mengimbau kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas.
(Bayangkan gambaran ini bersama kepulan asap, sedikit kelabu dan warna hitam putih)
Kekosongan jawatan di bahagian akaun menyebabkan kami mengadakan satu sesi temuduga pada penghujung bulan Jun 2010 yang lalu. Hanya 4 orang calon yang ditemuduga dan salah seorangnya ialah penulis novel yang saya terima sebagai hadiah, Faizal Dzasrik.
Bagi setiap sesi temuduga saya acapkali bertanyakan soalan2 yang sengaja menjurus kepada keluarga, minat dan personaliti calon dan suasana yang santai kerana saya percaya soalan2 menakutkan calon eloklah ditanya oleh pegawai atasan calon berkenaan, lantas kami akan dapat maklumat dan tindakbalas calon dengan lebih tepat sekiranya berbuat demikian.
Sesi temuduga bersama Dzasrik memang ceria kalah Astro Ceria Untuk Kita Ajer… namun saya dapat rasakan beliau memang jujur dan inginkan jawatan ini. Berada di jawatan saya, kita akan dapati segulung ijazah bukanlah satu tiket (konsert Adam Lambert) untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan ataupun yang seiring dengan bidang pengajian. Aaaahhhhh realiti kehidupan memang pahit.
Secara peribadi saya rasakan kami memilih Dzasrik berdasarkan karekter dan personaliti beliau yang lebih menyerlah berbanding pengalaman kerjanya.
Novel
Jadi, saya memang amat menyarankan novel ini sebagai bahan santai anak2 atau adik2 kita (kita pun ok gak… UB40
Terjahlah blog dan mukabuku Dzasrik untuk lebih maklumat. Saya tak dapat komisyen untuk iklan ini tau… :P ulasan buku nih kenalah tunggu yea… :)
1 comment:
Kak Yus, terharu sangat! Rasa bersalah pun ada. Tak tahu pula ada entri ni. TQ so much for everything. May Allah Bless You. Amin. Perghh!
Post a Comment