Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

04 October 2010

Politikus yang kotor...

Saya sebenarnya memilih untuk tidak membicarakan perihal politik negara di ruangan peribadi saya ini, atas alasan :

  • ~ Bosan, muak dan meluat dengan perangai dan perilaku ahli politik baik team A mahupun team B.
  • ~ Tak ada seorangpun pemimpin yang berjuang untuk mengurangkan harga barangan keperluan ; makanan terutamanya.
  • ~ Nak termuntah tahap gaban bila isteri dia lebih tunjuk power daripada YB tu sendiri :P

Tapi email daripada seorang sahabat yang saya terima baru sebentar tadi membuat saya tersentak dan terkedu. Bukan sahaja terkena batang hidung ahli politik semua, kita pun sama boleh ambil ikhtibar daripadanya.

Petikan emel :

Bila Allahyarham Tun Razak , Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr Mahathir dan lain2 pejuang Islam/Melayu membuka ruang peningkatan melalui program Sosio Ekonomi dan Pendidikan kepada anak anak bangsa kita menerusi pelbagai agensi, Alhamdulillah mulai era 90an kemajuan orang kita mulai bercambah.

Walaupun begitu disebabkan ketamakan profesional yg dilahirkan oleh UMNO yang telah menggunakan platform UMNO telah merosakkakan Agama , Bangsa Dan Negara melaui amalan rasuah, maksiat dan pelbagai amalan buruk. Legasi kepimpinan terdahulu telah diabaikan.

Memetik tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee dlm Mingguan Malaysia hari ini; kalahnya pimimpin UMNO kini disebabkan kekurangan empat prinsip :-
1. Pemimpin tidak Memimpin dirinya sendiri, gagal meletakkan Allah ditempat Pertama; diikuti dengan Rasulullah dan keluarganya
2.Tidak memiliki Ilmu memahami keutamaan.
3. Tidak bebas atau dilihat daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil.
4. Tidak Mempunyai jiwa agama dan gagal menjaga amanah bangsa.
(Baca butiran dlm rencana tersebut).

Berkata benar walaupun pahit . Jika UMNO mahu meneruskan legasinya pada PRU 13 dan mas depan: pemoimpin dan ahli UMNO tidak ada pilihan melainkan mesti dpt dilihat bersih, cekap, amanah dan dpt dilihat melaksanakan ciri ciri. Kepimpinan Islam.


Pesanan Dr Mohd Ridhuan Tee itu, bukan saya peringatan untuk ameno tapi boleh diambil sebagai panduan oleh kita juga.

  • + Letakkan Allah tempat pertama
  • + Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model kita dan keluarga terutama anak2
  • + Buat dan sangka baik setiap masa ; mak saya pesan bila berbicara, cerita yang baik2 sahaja hatta ianya berkenaan musuh kita sekalipun (ampun mak, saya masih gagal dalam bab nih...)
  • + Tingkatkan ilmu dan kaitkan ilmu itu dengan Islam keseluruhannya
  • + Sekurang2nya ingat tentang kematian sekali dalam sehari

Mudah2an Allah membantu kita dalam hal ini...

1 comment:

Speedy No. 9 said...

Setuju yang politik di dalam negara kita tak ada yang boleh dibanggakan....tak tau sapa yang lebih baik sebab semuanya ada yang tak kena. PRU 13 amat merisaukan kerana tak yakin Kerajaan sekarang mahupun pembangkang dapat membawa pembaharuan....so nak pilih siapa????

We are still a long way selagi kepentingan sendiri melebihi kepentingan agama dan rakyat dipraktikkan di dalam politik negara (bukan semua la, tapi.....)

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009