Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

23 June 2008

VCD review June 2008

Saya berkesempatan menonton 3 VCD pada hujung minggu yang lalu. Lantas jari pun laju ajer mencatat reviu hehehe

Congkak

Pengarah : Ahmad Idham (hei, James… if you are reading this, do contact me ok?)


Menonton filem ini membuat saya teringat cerita seram 80-an lakonan Noor Kumalasari dan Shukrey Hashim. Saya tak ingat tajuknya dan apa lagi tanya Pakcik Google saya ler… Rahsia arahan Othman Hafsham, tu ler ceritanya… macam ada persamaan dan bukan saya sorang sahaja yang merasakan sedemikian.

Saya tak berkesempatan menonton filem ini di panggung wayang dan apabila saya ternampak VCD ini di rak kedai video tanpa berlengah lagi saya terus menangkapnya dan pilihan saya untuk memiliki VCD ini bukanlah keputusan yang salah.

Pertama sekali saya suka cerita ini kerana ia tidak meleret untuk sampai ke babak hantunya dan semua babak hantu mempunyai kaitan, tidak seperti cerita Jangan Pandang Belakang. Nampaknya Ahmad Idham dan Pierre Andre (mamat Perancis yang dok kat Parit kata Aznil) telah belajar dari filem JPB, bagusssss… pembinaan jalan ceritanya yang diperhalusi dan dipersembahkan dengan cukup baik.

Pemilihan tempat penggambaran iaitu banglo kayu boleh dipuji sebab melihat banglo itu saja daripada shot filem sudah memberi elemen seram. Tambahan teknik lampu dan bunyi terutamanya, mampu menjadikan filem ini satu pakej yang baik.

Pelakon filem ini semuanya berjaya watak dengan baik terutama sekali Nanu sebagai Sufiyah, seorang ibu yang cukup bimbang dan takut dengan kerasukan anaknya Lisa. Ekspresi wajah Nanu memang menimbulkan rasa gusar dan seriau di hati saya seolah2 apa yang terjadi itu benar belaka. Cukup berkesan dan tidak keterlaluan. Ada pengalaman peribadi agaknya, hanya Nanu saja yang tahu… Bintang kecil yang melakonkan watak Lisa sungguh berpotensi sekali. Mimik wajahnya yang kerasukan makhlus halus itu mencemaskan mata memandang. Namun bagi saya lakonan Riezman adalah pada tahap sederhana saja berbanding dengan lakonannya sebagai penjahat dalam filem Baik Punya Cilok. Feel macam kurang sikit kenapa ya? Begitu juga dengan lakonan M Rajoli tapi mungkin beliau sudah jatuh sakit semasa pengambaran filem ini.

Teknik solekan turut menyumbang kejayaan filem ini. Paling berkesan adalah solekan wajah Mak Mah yang diakui memang menyeramkan. Tahniah kepada juru solek yang menghasilkan mutu kerja yang kreatif.

Congkak bukan saja mempertaruhkan elemen seram semata-mata tetapi ia juga menyelitkan nilai kekeluargaan serta perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Congkak ada jalan ceritanya serta mempunyai unsur pengajaran kepada mereka yang dapat menangkap apa yang tersirat.

Walaupun pada umumnya kesan efek di dalam filem ini boleh diterima, kecacatan dan kekurangan di dalam beberapa adegan yang melibatkan penggunaan CGI masih jelas terlihat. Kesan bunyi ini hanya dapat dirasai ketika adegan-adegan cemas sahaja dan di kebanyakkan babak kesan bunyi ini sungguh bingit dan tidak bersesuaian sama sekali sehingga mengganggu saya memahami dialog pelakon.

Keseluruhannya saya berpuashati dengan filem ini. Kami sekeluarga menontonnya 2 kali pada hujung minggu lepas. Seram tapi masih nak tengok lagi... berbaloi beli VCD nih ****

Anak

Pengarah : Micheal Ang - Walaupun kita sudah berada di abad ke-21 dengan segala kemodenan dan kemajuan teknologi peroleh namun kebanyakan daripada kita masih terikat dengan kepercayaan (superstition) sehinggakan bagi sesetengah masyarakat ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya dan cara hidup mereka.


Itulah kata pengarah filem ini apabila diminta mengulas filemnya. Saya pula tertanya2 samada ada tak manusia seperti watak Kay dalam filem ini??? Sungguh plastic! Watak Nita pula terlalu naif hingga teraniaya dirogol dan berkelakuan kejam apabila mendengar kata Kay untuk menggugurkan kandungan itu.

Lakonan Ida Nerina memang mantap dan memang sesuwei dilabelkan sebagai serba boleh. Raut wajah dan lirikan mata Ida memang superb! Watak Kay yang manipulatif dan penuh dengan khianat, kejam dan keji kan? Lakonan Erra pula meningkat satu tahap dalam dunia lakonan dengan permainan emosi.

Walaupun watak hantu kanak-kanak tersebut langsung tidak diberikan dialog tetapi pergerakan dan lakonan Amirul nampak selamba. Wajahnya langsung tidak menimbulkan keseraman melainkan matanya sahaja yang berwarna putih dan mimik mukanya juga ‘bersahaja’ tidak seperti watak hantu kanak-kanak yang dilihat dalam filem Ju-On.

Pelakon dari Indonesia Phillip Jusof yang turut diberi peranan utama memegang watak Dr. Amar juga masih boleh memperbaiki cara lakonannya pada masa akan datang. Ekpresi muka Dr. Amar sebagai doktor psikiatri masih lemah apabila beliau kadangkala lebih banyak tersenyum walaupun dalam keadaan serius. Dah jadik cerita cinta pulak...

Teknik kamera yang digunakan agak pening kepala saya sebab ada masa teknik yang digunakan ada tanda-tanda atau ’sign’ yang membawa pengertian tertentu dan ada babak yang ‘blur’ tanpa maksud. Saya suka teknik camera dari sudut ‘eye level’ yang menumpukan pada ekspresi wajah pelakon.

Namum anak2 saya tidak mengemari cerita ini… jalan cerita ini meleret dipertengahan filem dan lakonan Rushdi Ramli sebagai perogol sungguh tak sesuwei…

Oh ya…Tuan Pengarah, kenapa cerita mistik seram mesti gelap dan suram?


Stardust (2007)

Director : Matthew Vaughn



Starust is based on the novel by Neil Gaiman. I haven't read the novel yet, but do plan on doing so in the future. This is a film about a fairy-tale adventure complete with evil witches, dead princes and swishing swashbuckler.

I categorized the movie as a Sunday matinee movie where you can just relax and watch the stars???? hehehe It is not a high fantasy movie as Harry Potter nor a great deal too seriously film along the lines of Eragon and every other dungeons and dragons type film. Stardust is an entertaining with zany adventure which will charm and delight adults and children alike. There is plenty of fighting, witches, unicorn and flying pirate ships. I like the cross-dressing pirates and dead princes whose ghostly visages bear the marks of their deaths and their wryly comment, unheard, on the goings on of their still-living brothers. So wacky!

The performances, especially DeNiro’s (as Captain Shakespeare) is faultless; a star in the making, Charlie Cox, convincing both as the gormless younger Tristan and his calmly confident and mature incarnation. Oh I love Michelle Pfeiffer in this film, she is brilliant as the wicked witch, rejoicing rather saucily in her temporary youth and beauty.

Later I found out that Ben Barnes acted in this movie as well as Tristan’s father in his younger days… hmmmmm… The narrator for the movie is Ian McKellen, brilliantly done and authentic.

The visual aspects of the film are wondrous. I loved how the villages looked and how the fairy market was set up. The scenes aboard the pirate ship as it flew through the air were amazing. I know it was all computer-generated, but it just looks so real.

Stardust is the perfect fantasy film for people who don’t like fantasy…

Happy viewing everybody. I am trying to catch Hulk this weekend, hopefully...

No comments:

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009