Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

03 July 2008

Resepi Caramel Ibuku


Resepi pencuci mulut yang ringkas... (mulut sapa aku nak cuci? hahahahahaaaaaa)


Bahan2

. 1 tin susu cair


. 3/4 air guna sukatan tin susu cair tu tadik


. 6-7 biji telur ayam sederhana sizenya


. 1/3 gula guna sukatan tin susu cair tu jugak, kalu nak kurang manis 1/4 sukatan pun boleh


. sedikit essen vanilla


. sedikit garam


Cara membuatnya

+ Pertama sekali ialah buat gula hangus dalam loyang dan biarkan.


+ Dalam bekas lain campurkan semua bahan di atas dan pukul dengan 'egg beater' sehingga berbuih banyak.


+ Masukan adunan dalam loyang yang ada gula hangus tu dan kukus selama 30-40 minit.


+ Selepas loyang sejuk baru masukkan dalam peti ais.


+ Hidangkan dengan menterbalikkan loyang berkenaan atas pinggan dan tabur 'fruit cocktail' atasnya. Kalau tak dak pun tak per, sodap jugak...




Apa lagi... ngap la...




Selamat mencuba...




8 comments:

Anonymous said...

aku suka part "menterbalikkan" itu caramel..kerana tanpa sedar, our body pun ikut menterbalikan itu caramel.. true or not..??
hehehe

~ck~

Anakmami said...

ye lar... mmg betoi... sebab kita buat dengan penuh perasaan dan kasing sayang hehehe

shahril aley said...

sedih plak dah abis plak janji mu itu
hahaha.....
bile ade party lagi
jgn segan silu sila buat lagi

haiza said...

kak yus..thanks for the resepi...laa ni baru terbaca. lepas ni kita nak buat..kalau jadi nanti kita bagi tau...heheheh.

aqi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

memang rasa caramel ni pahit ke? kite wat pait je..
lagi satu susah nak cairkan dula die..camne nk cairkan sampai cantik ek?
terime kasih..

Anonymous said...

gula*

Anakmami said...

adik Anonymous

sebenarnya adik kana buat gula hangus buakan hangit hehehe

caranya ialah taburkan gula secara rata ke dalam loyang. kemudian atas dapur setkan api yang paling kecik ie, api yang kat tengah2 lagi cunnnn...

kemudian hanguskan gula itu sebahagian demi sebahagian. bila gula tu sudah mencair dan berwarna perang terus pusingkan loyang ke bahagian lain pula. barulah dapat gula hangus yang serata...

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009