Bila hati ini menangis, ada siapakah yang tahu?
Bila hati ini menangis, ada siapakah yang peduli?
Bukan wang yang dipinta, bukan hadiah yang dinanti
Daun hati ini senang sahaja dipuasi, senang saja dimenangi
Namun yang senang itu jua yang paling susah
Yang senang itu sungguh senang diambil mudah
Sekonyong-konyong tercalarlah hati
Tergurislah perasaan
Ingin sekali mendengar ucapan sayang ucapan rindu
Mungkin ucapan terima kasih
Sayang, itu tidak kesampaian kerana sungguh senang diambil mudah
dan hati ini menangis...
Bila hati ini menangis, ada siapakah yang peduli?
Bila hati ini menangis, ada siapakah yang tahu?
.
2 comments:
Permata didepan mata memang selalu tak disedari
tapi
Kerikil nun jauh disana itulah yang diimpi2..
Sehinggalah permata yang didepan mata itu berlalu pergi
Malangnya sudah terlewat untuk disedari..
Maka mulalah diratapi..
Yang dah pergi tidak akan kembali.
CK
wah... cayalah... boleh aku copy tuk aku punya next sajak or puisi??? kena abayar royalti tak? hehehe
Post a Comment