






We have the power to make ourselves... how true... how very true...
Di muka surat ini aku coretkan kata-kata yang kadang kala tak mampu aku ucapkan...
We have the power to make ourselves... how true... how very true...
Other tips!
Read the tips below and explore the Consumer's Handbook for Reducing Solid Waste (http://www.epa.gov/epaoswer/non-hw/reduce/catbook)
Reduce:
Reuse:
Recycle:
Lastly my friends, do recycle your hand phones too…
Majlis ini asalnya memanglah satu majlis makan malam bersama Si Mata Lebam, jemputan pun hush hush ajer... I know la my father was invited and attended the function... tetapi memandangkan Si Mata Lebam yang jadik GOH ops bukan Goh staff opis aku tapi Guest Of Honor, pasti mengundang orang ramai punya lah. Sambutan hangat itu menyebabkan orang ramai requested Si Mata Lebam memberi ucapan dan itu yang diklasifikasikan sebagai perhimpunan awam yang haram oleh pihak polis. Lalu media arus perdana menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang belum ada pertuduhan ini, macam ini pun boleh terjadi? Apa yang nak dihairankan... ini kan Malaysia The BoleyBelahland!
Ada yang suka, ada yang marah... yang suka hendakkan dia membuat perubahan, yang jelek menuduh yang suka terlalu mendewakannya padahal dia pun ada kelemahannya... Nobody is perfect... but why the unperfection is under the limelight? Tuduh menuduh pun berlanjutan... kenyataan ini berbau perkauman sikit, maaf tapi saya harus nyatakannya... kita dok bertekak sesama Melayu, bangsa lain dok bersorak dan dah lama pasang strategi, kita? hang tuduh aku kafir, aku tuduh hang tak educated, bebal... sanggup kita melabelkan saudara kita sendiri hanya kerana tidak sama pendapat?
dan satu lagi... sila faham bahawa UMNO memang untuk orang Melayu tetapi orang Melayu tak semestinya UMNO. Jadi perpaduan orang Melayu bukan hak UMNO semata, adusssss I have said to much! NOT!!!!!!! Hang pa suh Pak Lah letak jawatan tapi apakah Najib mampu memulihkan UMNO, mengembalikan kepercayaan rakyat dan yang penting sekali berdepan dengan Si Mata Lebam?????? (Najib, please tell your wife to change her hair style, nampak tua dari you la...)
I dont wanna comment anything more, jez, watch out! He is back... legally active and kicking butt hehehe
1. Shutter - filem hantu Siam, manyak syiok ini movie, seram and saspens gilerssssss. Jalan cerita pun bagus. Aku suka babak mak we nih tengok balik gambar yang diambil where the ghost crawling kat depan katil depa tidur then tinggalkan clue what had happen to her. Pesanan, jangan tengok movie nih waktu malam ok?
2. Dunia Baru The Movie - cerita remaja yang tak keterlaluan, sedap2 ditonton. Filem ini filem perjalanan yang bukan saja mengikat beberapa babak dalam satu rally yang panjang, tambahan memberi perkembangan terhadap jalan cerita itu hingga akhir. Malah mungkin ada penonton yang jarang menonton drama Melayu (macam aku), telah terpancing menjadi pengikut baharu drama TV yang sememangnya sudah mendapat tempat ini.
3. DareDevil - maleh aku citer panjang, citernya tak syiok. Tak rugi korang tak tengok. Jalan citer ok sebab ia ikut comic cuma pengolahan cerita wayang agak hambar. Baca komik lagi besh!
4. Fearless - as ever Jet Li's martial art moves are superb tambahan dengan suntingan yang bagus menjadikan babak pertarungan dalam filem ini nampak pantas dan jitu, I am impressed! Babak perkampungan bukit memaparkan permandangan yang indah, seindah gambar Niderq di Surabaya hehehe Morale of the story is berjuang biar hingga ke titisan darah yang terakhir, kebencian hanya akan membuahkan dendam yang tiada kesudahan dan persahabatan hingga ke akhir hayat walaupun beberapa kali disakitkan oleh sahabat baik itu sendiri (macam sama??????)
eh apa tunggu lagi, pi la tengok movie!
Poster Shutter dan DareDevil ehsan Moviesonline.ca
Poster Fearless ehsan About.com
Poster Dunia Baru The Movie ehsan Grand Brilliance
Mama doakan Abang Long akan menjadi mujahid yang menegakkan Islam, mempraktikkan semua ilmu yang dipelajari dan menjadi contoh kepada yang lain supaya lebih dekat dengan Islam.
Ya Allah, selamatkanlah mujahid aku ini dan jauhkanlah dia dari perkara2 yang mungkar. Ameen...
2/4/2008 - 9.13am