Pic was taken @ Botanical Garden, Penang :)

16 April 2008

Dunia terus berputar!

Setiap manusia ada kelemahannya... Namum usah dipandang kelemahan itu kerana kekuatan diri yang meletakkan kita ditempat kita sebenarnya. Kelemahan seseorang merupakan kekuatan seseorang yang lain... jadi persetankan kelemahan itu dan fokus kepada kekuatannya sahaja!

Salam buat semua,
Maaf lambat kemaskini blog ini. Anak2 kurang sihat dan perjalanan pulang ke kampung telah mencemburui masa saya dengan blog ini hehehe
Untuk gambar Jom Santai tu, silalah ke fotopage saya untuk menatapnya kerana tak berkesempatan pula saya hendak menempek gambar2 itu disini. Maaf ya...
Ada yang tanya kenapa saya tak cerita tentang AF memandangkan latar belakang muzik saya yang sejemput itu. I dont know... I rather discuss about politics even UFOs rather than AF. Ini soal masa depan Islam dan Malaysia yang saya rasa lebih penting daripada hiburan sementara ini. Ada juga yang tanya kenapa saya tidak komen apa2 tentang Sufiyah, the girl prodigy. Saya hanya menjawab orang Islam yang melacur agama dan negara lagi teruk perangainya. Masa PRU yang lalu hanya diupah RM50 undi mereka telah dilacurkan. Jadi apa yang hendak dipanaskan isu Sufiyah ini?
Haaa, ingin saya menarik perhatian ke isu ini. My father and brother were there. Terima kasih kepada Minaq Jinggo atas ehsan gambar-gambar ini.

Majlis ini asalnya memanglah satu majlis makan malam bersama Si Mata Lebam, jemputan pun hush hush ajer... I know la my father was invited and attended the function... tetapi memandangkan Si Mata Lebam yang jadik GOH ops bukan Goh staff opis aku tapi Guest Of Honor, pasti mengundang orang ramai punya lah. Sambutan hangat itu menyebabkan orang ramai requested Si Mata Lebam memberi ucapan dan itu yang diklasifikasikan sebagai perhimpunan awam yang haram oleh pihak polis. Lalu media arus perdana menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang belum ada pertuduhan ini, macam ini pun boleh terjadi? Apa yang nak dihairankan... ini kan Malaysia The BoleyBelahland!

Ada yang suka, ada yang marah... yang suka hendakkan dia membuat perubahan, yang jelek menuduh yang suka terlalu mendewakannya padahal dia pun ada kelemahannya... Nobody is perfect... but why the unperfection is under the limelight? Tuduh menuduh pun berlanjutan... kenyataan ini berbau perkauman sikit, maaf tapi saya harus nyatakannya... kita dok bertekak sesama Melayu, bangsa lain dok bersorak dan dah lama pasang strategi, kita? hang tuduh aku kafir, aku tuduh hang tak educated, bebal... sanggup kita melabelkan saudara kita sendiri hanya kerana tidak sama pendapat?

dan satu lagi... sila faham bahawa UMNO memang untuk orang Melayu tetapi orang Melayu tak semestinya UMNO. Jadi perpaduan orang Melayu bukan hak UMNO semata, adusssss I have said to much! NOT!!!!!!! Hang pa suh Pak Lah letak jawatan tapi apakah Najib mampu memulihkan UMNO, mengembalikan kepercayaan rakyat dan yang penting sekali berdepan dengan Si Mata Lebam?????? (Najib, please tell your wife to change her hair style, nampak tua dari you la...)

I dont wanna comment anything more, jez, watch out! He is back... legally active and kicking butt hehehe

2 comments:

shahril aley said...

waaa boleh tahan ye bile ckp tentang isu panas melayu & politik. adakah saya berminat sertai politik jawabnya TIDAK pasai politik la mengeruhkan silaturrahim antara manusia. manusia yg mencorak politik hingga timbul sifat2 keji syaitan.

Tidak semestinya jawapan TIDAK meminggirkan diri sy dgn isu2 politik tanahair tetapi sebagai pemerhati & rakyat malaysia yang bertanggungjawab maka sy akan bertindak apabila perlu (masa PRU la). hahaha.... Undi tetap RAHSIA

Anakmami said...

Aley

Kak Yus hutang awak caramel la... Nanti 30hb nanti ok?

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009

Award by Solelymylife on 14 April 2009