Pagi ini saya wajib ke Putrajaya bagi menyelesaikan satu urusan keluarga yang penting. Ini baru permulaan sahaja. Kemungkinan saya perlu lagi ke sini dalam bulan Mei 2010 nanti.
Bangunan yang gah...
Tak nampak macam lobi mahkamah pun kan????
Kalau saya kata gambar ni saya ambil kat Ankara, Turki percaya tak?? hehehee
Secara peribadinya saya rasakan Istana Kehakiman Putrajaya ini agak membazir pembinaannya. Bangunan cantik dengan dekorasi dan bahan2 binaan yang mewah jika dibandingkan dengan kadar penggunaannya, amatlah menyedihkan. Rasanya sekira perbelanjaan pembinaan tersebut disalurkan membina rumah PPT, sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang gembira dan mempunyai kediaman sendiri. Secara tak langsung, kadar gejala sosial dapat dikurangkan dan tak perlulah bapak polisi terpaksa menerima 'hadiah' bagi menambah wang saku mereka. Saya juga akan lebih gembira sekiranya wang tersebut dapat digunakan bagi memperkasakan sistem pengangkutan awam dan mengurangkan harga minyak lantas dapat mengurangkan harga barangan keperluan keluarga saya.
Buat masa nih, saya cuma mampu bermimpi sahajalah...
2 comments:
tak pernah sampai ke PoJ apatah lagi ke Turki..
walaubagaimanapun saya bersetuju dengan pendapat awak, jika ia pembaziran yg terlampau, memanglah tidak patut.
Sekian, TK
CK
CK, jom kita pi Turki!!! hehehe
Post a Comment