Atuk Abah dan Azim
Hari ini adalah hari kelahiran bapa mentua saya. Pagi2 lagi kami menelefon beliau dan mengucapkan selamat kepadanya. Cuma.... saya terlupa bapa mentua saya rupanya sudah 71 tahun. Syukur kehadrat Illahi memanjangkan umur beliau.
Saya dan Abah kadang kala bersembang bagaikan kawan hehehe dan saya suka cara Abah menasihati saya. Bahasanya cukup berbunga tapi mudah difahami. Perumpamaan yang diberikan memang kelakuan kita seharian. Saya amat menghormatinya, tiada kata lain yang boleh saya ungkaikan.
Semoga Allah terus memberkati Abah... We love you... :)
No comments:
Post a Comment